Thursday, April 11

Link Semakan Daftar Pemilih

Assalammualaikum..

Klik SINI untuk menyemak status dan tempat mengundi anda..





Selamat menjalankan tanggungjawap anda :)

Wednesday, December 12

My Special 12.12.12 (n__n)

Assalammualaikum...

Cantikkan tarikh hari ni..semoga hari ini baik-baik sahaja (n__n)..tahun lepas tarikh yang dinanti-nanti adalah 11.11.11..tahun ni 12.12.12..tahun depan 1.3.13..ok jugak 1.3.13, jatuh hari Jumaat pulak tu..tarikh cantik..hari cantik..kalau saya belum kawen, maybe saya pilih tarikh tu untuk diijabkabulkan..hahaha..lepas tu semadkan sebagai no plate kereta..

Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu..alhamdulillah, hari ni Muhamad kechintaan sampai ke rumah..genaplah 2 minggu tinggal berjauhan dengan si suami dan si anak..hari ini semua berada dalam dakapanku perghh ayat nak temuntah..alhamdulillah semuanya baik-baik saja..dari segi keselamatan, kesihatan..walaupun sedikit terduga..but dont worry, Allah menduga hambanya mengikut kemampuan..

Kalau mengikut plan yang dikhabarkan oleh en kechintaan, beliau sampai hari ni pukul 12.30pm..tapi subuh tadi, 10minit sebelum pukul 5 dah menekan-nekan loceng rumah..pastu tersengih-sengih depan pintu..welcome home sayang (n___n)

Diawal perpisahan tu..memang ada sedikit stress..berendam air mata..tapi, bila difikir-fikir..Allah memberi ujian yang sangat ringan..dalam hati terbisik.."suami/ anak aku tak ada 2minggu je..bukan tak ade langsung..so, aku patut rasa bersyukur, kan..lepas 2minggu dah boleh jumpa.."..nak-nak Siti Nur tak mahu cakap kat phone..sentap mak, nak..huhuhu tapi lepas 3-4hari, da ok..

Hmm..cuti ada lagi seminggu..ambil 2x sebab tak boleh ambil straight..sedikit tacing sebab branch lain boleh ambil slumber je..tapi, kita pulak yang tak boleh..dugaan~ hmm takpe la..apa yang penting, en kechintaan dah balik..banyak benda yang nak diceritakan/ plan..cair la taik telinga awak balik karang..hehehe..



Tuesday, December 11

Isu Pakaian Istiadat Farid Kamil

Assalammualaikum..

Heehee..isu hangat minggu ini..saya agak tertarik untuk menulis sedikit mengenai isu ini..walaupun tak banyak ilmu di dada mengenai hal ni..tetapi ada sedikit yang saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca/ peminat FK yang mungkin tidak tahu mengenai ke-sensitif-an isu tersebut..

Bagi sesetengah orang, hal ni bukan lah besar mana sangat pun..tapi mungkin selepas membaca entry ini, akan memberi sedikit pengetahuan dan gambaran, mengapa abang-abang askar ni bising dan sensitip sangat pasal isu ni..sepatutnya FK menyelidik dahulu mengenai pakaian/ acara istiadat ni..ini tak, main redah je..dah tak pasal-pasal jadi isu..kalau FK betul-betul ikut procedure swordbearer PDRM, MUNGKIN tidak ada masalah..sebab khabarnya beliau sudah meminta kebenaran/ membuat permohonan terlebih dahulu dari PDRM..tapi kesilapan yang beliau tidak sedar adalah dengan mencampur adukkan badge/ pangkat dalam pemakaian uniform istiadat tersebut..kalau nak buat salah pun biar la untuk satu unit je..senang sikit nak detail..ni dirojakkan dengan PDRM dan ATM..even Datuk Lee Chong Wei yang ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM memohon untuk membuat upacara swordbearer ketika melangsungkan perkahwinan pun ditolak..inikan pula FK..

Seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat, "pegawai-pegawai tentera ni ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agung..memang pangkat ni tak bawak kekubur..tapi atlease hormati la istiadat yang dah ditetapkan tu..nak ditauliahkan oleh agung tu pulak bukan sembareno..apatahlagi badge yang tersemat tu, bukan duduk goyang-goyang kaki terus dapat.."

Maafkan saya, isu ini memang agak sensitif bagi sesetengah pihak..bukan nak membangga-bangga or brag what so ever tapi..ada ke orang yang tak bangga dengan pencapaian yang macam tu? bukan sambil duduk makan biskut terus ditauliahkan oleh agung..sama jugak nak berjaya dalam hidup..bukan sambil tengok bintang dilangit kita terus berjaya..semua itu perlukan pengorbadan dan usaha..

Hmm okey la..taknak tulis banyak sangat..nanti kontrovesi..untuk membaca dengan lebih lanjut..sila klik SINI...

Nak selit jugak gambar kawen dolu-dolu ^.^

Kalau tulisan saya ini ada mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf..yang baik itu dari Allah s.w.t. dan segala  kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri..sekian (n__n)v

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com