Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, February 29

Biskut Oat Paling Senang Dalam Dunia


Assalammualaikum..

Hari ni saya nak kongsi cerita malam semalam..kebetulan masa tu en suami duty, tinggal la saya dengan anak dara kesayangan..tengah syok tengok AFC tiba-tiba dia buat mix fruit crumble..memang mantap la kan..ada pear, apple, dates (kurma), macam-macam buah la..crumble tu plak ada kekacang..makan plak ngn yogurt/aiskrim..perghhhh…

Apalagi, terus ke dapur..kebetulan dalam fridge ada oat dengan mixed fruit (dry) yang memang dibeli untuk di-couple-kan dengan oat tu..

1st Attempt:

2 sudu besar oat
2 sudu besar mixed fruit + nuts
1 sudu besar butter
½ sudu besar tepung gandum
1 sudu madu

Maka, segala bahan-bahan tersebut pun digaul mesra..kemudian, bentukkan mengikut citarasa anda dan masukkan kedalam oven selama 10min..

**ting..biskut oat saya tidak menjadi..tapi jadi sejibik macam dalam tv tadi..crumble..sedap la jugak sebab ada rasa butter+honey+mixed fruit+kekacang..kalau buang = membazir..membazir = amalan syaitan..makanya, sementara tunggu 2nd attempt siap..saya dengan farisha pun makan la “crumble” tu depan tv..

2nd Attempt:
  
2 sudu besar oat
2 sudu besar mixed fruit + nuts
1 sudu besar butter
1 sudu besar madu
Tepung (saya agak-agak je sampai adunan menjadi doh)

*nota kaki:
1 – doh tu jangan terlalu keras..agak-agak je
2 – jangan takut untuk merasa sebelum masukkan ke dalam oven..cubit sikit je rasa manis, lemak, mengikut citarasa..so kalau tawar boleh tambah madu/gula

Dan hasilnya?? Sangat memberansangkan..bila gigit tu ada rasa oat, mixed fruit, badam, gajus, butter sikit..so lepas ni boleh stop beli munch* oat krunch yang bagi saya kurang sedap.. Julie’s Oat 25 yang ada kismis ngan kacang tu lagi sedap..tu la jajan saya kat office..

Simple kan bahan-bahan ni?? Bukan sahaja resepi/bahan-bahan yang sihat..malah mudah, cepat dan sedap dimakan..hihi selamat mencuba

sorry gambar tak clear (hp tak canggih)

Tuesday, August 9

Resepi Cucur Udang

Assalammualaikum..

Tadi gara-gara nak tunjukkan kuih raya dalam album mak mandir, terpandang pula cucur udang dengan sambal kerang ni..ada dua versi..satu lagi dengan kuah kacang..jom la mak mandir share resepi mak mandir dengan korang..

versi sambal kerang

-

-

-

versi kuah kacang yang dicampur ayam


Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
4 cawan air (agak-agak)
½ sudu kecil bikarbonat soda
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Masukkan tepung, bikarbonat soda, garam dan serbuk kunyit. Gaul dengan sedikit air panas, kemudian baru campur dengan air biasa.
2) Masukkan udang yang sudah dibersihkan, taugeh dan daun kucai yang sudah dipotong.
3) Panaskan kuali dan goreng sehingga bewarna kuning keemasan (cewah, ayat macam dalam tv hahaha)

Saturday, August 6

Resepi Asam Rebus Ikan Sembilang

Assalammualaikum...

Petang ni masak apa? hehe..petang ni menu mak mandir simple je..berbuka dengan anak dara ni..pak pandir stayback kat office sebab malam ni ada exam..hari ni pak pandir berjuang di dewan peperiksaan..4 paper..dari pukul 8.30am sampai ntah pukul 10mlm nanti kot..huhu..good luck pak pandir..

Eh, tajuknya nak kongsi resepi..tapi bebel pasal pak pandir pulak..mak mandir memang macam ni..jom, terus ke resepinya..




Bahan-bahan:
3 ekor ikan sembilang (bersihkan dengan buah limau dan perap sebentar untuk hilangkan hanyir)
2 batang serai
2 biji bawang besar/4-5 biji bawang merah
1cm kunyit hidup/serbuk kunyit
15-20 batang cili api (hijau-mengikut pedas yang diingini)
2 asam keping
garam, gula, serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara:
1) Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk. Ketuk/titik serai dan masukkan sekali.
2) Cuci ikan sehingga bersih, masukkan semua baki bahan ke dalam periuk. Masukkan air dan masak.

* Resepi kali ini rasanya pedas-pedas, masam-masam...mak mandir suka masak resepi ni menggunakan ikan sembilang yang fresh..sebab dapat rasa kemanisan ikan dan kelembutan isi ikan tersebut..slupppp...
* Ini bukan masak singgang..mengikut resepi mak mandir, masak singgang mak mandir tak masukkan serai..tapi, lain negeri/daerah, lain resepinya kan..sekadar berkongsi..selamat mencuba :)

INI BUKAN BLOG MASAKAN (^,^)v

Tuesday, August 2

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi

Assalammualaikum..

Resepi ni mak mandir ikut suka hati mak mandir je..hehehe



Bahan-bahan
500gm udang sederhana besar
500gm rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
15-20 batang cili api (mengikut pedas yang diingini)
1 cm kunyit hidup (atau serbuk kunyit)
1 biji bawang besar (terpulang)
2 keping asam gelugur
2 batang serai dititik
2 cawan santan pekat
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Bersihkan udang, buang kepala dan sedikt kulit. Bersihkan juga rebung. Kemudian toskan.
2. Tumbuk/blander cili, bawang dan kunyit hidup. Titik/ketuk serai. Masukkan rebung, serai, asam gelugur dan bahan telah yang ditumbuk lumat ke dalam periuk.
3. Masukkan santan cair, pasang api sederhana. Tujuan santan cair dimasukkan agar bahan tersebut sebati dengan sedikit santan dan tidak pecah minyak.
4. Bila sudah mendidih, masukkan udang dan santan pekat. Masak hingga udang tadi masak. Senduk-sendukkan santan agar tidak pecah minyak.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam/gula/serbuk perasa mengikut cita rasa.

Selamat mencuba :)

Wednesday, July 20

Resepi Kwey Teow Goreng

Assalammualaikum...

Malam ni mak mandir nak kongsi resepi kwey tiau goreng versi mak mandir..ok, tanpa membebel panjang..mari mak mandir kongsi resepi simple versi mak mandir :)



Bahan-bahan:
500 g kuey teow (cuci dan toskan)
1 bawang putih + 3 biji bawang merah + 5 tangkai cili kering = blander
**selalunya mak mandir blander cili kering sekali dengan bawang putih dan bawang besar..disimpan didalam fridge untuk stock sendiri..kalau anda pun begini, ambil 3-4sudu sahaja
2 camca besar minyak masak
150 g isi ayam (dipotong dadu - juga boleh digantikan dengan udang/daging)
150 g taugeh
100 g kuchai
2 sudu teh kicap
1 sudu sos tiram
2 sudu teh sos cili
**sedikit garam/perasa mengikut citarasa

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga hingga harum, masukkan ayam , kacau rata.
2) Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan bahan perasa..tuang sedikit air dan masak dengan api kecil hingga ayam masak.
3) Masukkan kwey teow + taugeh + daun kucai dan kacau mesra..agak-agak dah masak, boleh tutup api dan hidangkan..

Monday, July 18

Resepi Serawa/Kuah Durian

Assalammualaikum...

Hmm dah bersawang blog mak mandir ni ye..hari ni mak mandir nak kongsi resepi serawa/kuah durian versi mak mandir..kenapa versi mak mandir? sebab biasanya lain orang, lain resepi/caranya..Kemarin mak mandir dan pak pandir pergi pasar malam..durian sekarang ni murah-murah..puas makan..isi pun elok..masa mak mandir beli kat pasar malam tu ada yang 2 biji RM10..ada yang 3 biji RM10..6 biji RM10 pun ada..hehe..mak mandir beli 3 biji je..dua biji buat makan dan baki sebiji tu buat kuah durian..puas makan..sampai pening kepala..huhuhu

Okey, bagi mengelak mak mandir membebel yang bukan-bukan..mari mak mandir kongsi resepi mak mandir..



Bahan-bahan:
1 biji buah durian (tanpa kulit)
2 helai daun pandan
1/2 senduk gula pasir (agak-agak/mengikut citarasa)
1/4 senduk gula merah yang dicairkan
satu sudu tepung jagung
santan RM2

Cara-cara:
1) Masukkan durian, daun pandan, santan cair dan gula ke dalam periuk
2) Agak-agak durian dah mesra/kembang dengan air..baru masukkan santan pekat dan gula merah..masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
3) Masak hingga mendidih.

Tuesday, July 12

Resepi Puding Roti Bercoklat

Assalammualaikum..

Pagi ni mak mandir nak berkongsi resepi yang mak mandir pernah cuba tempoh hari..resepi ni mak mandir ambil dari my resepi kot..huhuhu tak ingat la..bila cari-cari balik tak jumpa dah..mujur mak mandir salin..

Rasa puding roti ni memang sedap..mak mandir tak pernah merasa puding roti ni apatah lagi membuatnya..bila tengok kawan-kawan galak membuat puding roti, mak mandir pun cari lah resepi yang mudah..alhamdulillah sedap, cuma lembik sedikit di bahagian bawah..tak pasti kenapa..nanti mak mandir akan cuba lagi sehingga berjaya..walaupun agak lembik di permukaan bawah, tapi rasanya memang sedap.

-

-

-
 


Bahan-bahan:
12 keping roti
800ml susu (roti dan susu direndam selama 30min)
3 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh bersama air suam)
3 sudu besar butter (dicairkan)
3/4 cawan gula pasir (mak mandir gantikan dengan gula perang)
1 sudu esen vanila
1 sudu coffee emulco
1/3 cawan kismis (bagi yang suka)
1 sudu besar tepung jagung
choc chip
choc rice (tambahan mak mandir sendiri - ditabur di bahagian atas)

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula lebih kurang 1minit/kembang
2. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi..masukkan butter cair, esen vanila, coffee emulco dan koko digaul sebati
3. Masukkan adunan + kismis + choc chip + roti + susu dan gaul
4. Sapu loyang dengan margerin
5. Tabur choc rice (atau baki choc chip)
6. Bakar selama 40min.

Selamat mencuba :)

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com