Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

Thursday, February 23

Protela


Assalammualaikum…

Hari ni, saya nak kongsi sikit pengalaman kena tahan dengan abe’ protela..huhuhu tu pun nak cerita ke?? Bagi yang tak tahu, protela ni macam polis dalam base TLDM (correct me if I’m wrong please)..jaga lalu lintas, kesalahan lalu lintas, jenayah dan lain-lain..

Okey, cerita saya hari ni..semalam, saya kena tahan dengan seorang abe’ protela..huhu..atas kesalahan? Dot..dot..dot..biarlah rahsia..ni kongsi macam tak kongsi punya cerita la ni..masa tu dalam perjalalanan ambil anak dan pulang ke rumah..tak perasan pun abe’ protela tu sampai la betul-betul selang satu blok dari rumah..

Pin (bunyi horn)
Abe’ Protela: cik..bla..bla..(memberi tahu kesalahan saya)
Saya: owh, tak boleh ea..baik..baik -.-‘ (sambil senyum-senyum sebab dah ter-buat salah) yela, takkan nak buat muka ketat pulak dah buat salah
Abe’ Protela: Nama suami atau ayah cik?
Saya: Suami, Lt dot..dot..dot
Abe’ Protela: Haa..tengok, wife pegawai tu..nanti kalau saya pickup..dah menyusahkan suami nak kena mengadap bla..bla..bla…
Saya: senyum-senyum/gelak-gelak lagi sebab dah ter-buat salah…
Abe’ Protela: pun join gelak-gelak/senyum-senyum gak..
Last-last abe’ protela cakap: Next time jangan buat lagi ye cik..nanti susahkan abg sebab nak kena mengadap..bla..bla..bla…
Saya: Baik..baik…sorry ye..(lalu beredar macam kerang busuk)

Sampai je rumah terus msg en suami yang ketiadaan selama seminggu..esok baru balik..huhu mujur tak kena pickup..pickup tu macam mane ye? Kalau kena macam mana ye? Ada yang dah berpengalaman ke? Sharing is caring….huhuhu

**google-google jumpa gambar abe' protela ni..
kredit kepada empunya gambar - Azreen Afiza

Wednesday, August 24

Berbuka Tanpa Suami..

Assalammualaikum...

Ades, poyo tak tajuk entry mak mandir kali ni?? huhuhu..kononnya malam ni nak tidur awal..tapi nak tunggu pak pandir la..rasa tak best pulak tidur dulu..hari ni pak pandir ada majlis berbuka di KDP..jadi mak mandir berbuka bertemankan farisha je..teringat pulak masa mengandung 2 tahun lepas..rasa macam baru semalam je.. =)

Dua tahun yang lepas, bila pak pandir ada majlis berbuka di luar/office..maka tinggal la mak mandir sorang-sorang..time tu tidak bekerja..farisha pun masih di dalam perut..rasanya time tu internet belum ada lagi kot..so berbuka sorang-sorang la..hilang woo selera makan walaupun berpuasa penuh hari tu..rasa sedih gila..bila kenang-kenang balik macam kelakar pulak..eh, tapi serius la..sunyi tau..ceh, macam pak pandir pegi belayar jauh je..padahal ada undangan berbuka di luar/duty..over kan..huhuhu



Hari ni mak mandir berbuka lauk tunjuk je dengan farisha..sunyi?? rasanya dah ada anak ni, nak-nak yang ligat macam farisha ni..tak tahu la bila nak rasa sunyi..time die tidur tu la masa yang paling beharga..time tu la nak buat apa pun dengan tenang..tapi sekarang ni susah betul nak tunggu dia tidur..kena tidur sekali/paksa baru la dia nak tidur..

Dah hujung-hujung puasa ni rasa macam banyak benda nak dikejarkan..nak kemas rumah, mop lantai, lipat baju, kemas barang nak balik kampung..semua kena prepare siap-siap..so habis cuti nanti, balik rumah tak penat sangat sebab rumah dah clear..hari ni kumpul-kumpul baju, asingkan untuk cuci, dilipat dan disangkut..dua tiga hari lepas baru je mop lantai, semalam sapu rumah..hari ni farisha sepahkan nasi dan tumpahkan air...wawawa..sabar je la kan..

Owh, kepada yang sudi membuat tempahan muffin..terima kasih..akan cuba sedaya upaya menyiapkan tempahan mengikut waktu..dan kepada Qila, sorry faz dah lama tak perasap oven..perasap pun bila betul-betul perlu je..harap-harap kali ni sempat nak tunaikan janji faz hari tu ye..okey la..dah tak larat nak buka mata ni..selamat malam kawan-kawan..jangan lupa niat puasa =)


Thursday, August 18

Bagus Atau Tidak Mempunyai Stalker?

Assalammualaikum..

Entry kali ni entry orang tiada idea..hehe..asal baku bebeno ayat mak mandir ni?? senang orang nak klik translate nanti kat sebelah tu..hehe..okey, berbalik kepada tajuk utama..bagus ke tidak mempunyai stalker?? bagi mak mandir, macam bagus..sebab stalker ni dia akan stalk selalu/kerap..jadi ia akan meningkatkan trafik blog kita..dimasa yang sama, $$$ pun meningkat..jadi?? mesti la menarikkan..hehe..



Sebenarnya kita dapat melihat/mengetahui siapa yang menjengah blog kita dan mengetahui kekerapan tersebut..caranya?? malas nak bagi tahu..hahaha..kalau nak tahu sila pm mak mandir, nanti mak mandir bagi tahu..macam mana nak pm mak mandir? sila cari di entry muffin/kek..malas gila nak masukkan link..boleh?? teruk betul la mak mandir ni..hehehe..okey, itu sahaja buat masa ini..terima kasih kerana sudi membaca :)

Saturday, August 6

Jadual Waktu Berbuka Bagi Negeri Perak

Assalammualaikum...

Mak mandir selalu tak tahu waktu berbuka...okey, kali ni mak mandir dapat jadual waktu berbuka dan ingin berkongsi dengan pembaca blog mak mandir..




klik image bagi mendapatkan jadual yang lebih jelas

Tuesday, August 2

Kisah Badi Mayat

Mak mandir tertarik untuk berkongsi kisah ini. Mengenai badi mayat dan akibatnya. Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua selalu berpesan, selepas melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka/mandi, rehat sebentar baru tegur anak-anak dirumah. Kisah itu bermula begini:

"Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi).

Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran."

Semoga apa yang saya kongsi ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita..insyallah..

Monday, July 25

Daftar Pemilih??

Assalammualaikum...

Owh..baru la settle kerja-kerja mak mandir kat office ni..lepas ni boleh siapkan report and ready untuk balik..sedang mak mandir gigih menteliti post-post di mukabuku..tiba-tiba mak mandir terperasan satu gambar yang kawan mak mandir upload..kemudian mak mandir pun gigih menggoogle kes berkenaan..tiba-tiba:
















Terus tersenyum..dan terpelik..aik, bila masa aku daftar ni..sebab mak mandir macam malas je nak pergi daftar..upss*...tersenyum sebab dah berdaftar..so tak payah la tergedek-gedek pergi daftar :)..wah, tak sangka mak mandir dah cukup umur dan boleh mengundi..hahaha..ingatkan belum boleh mengundi lagi..

Korang macam mana? sila klik SINI untuk menyemak :)

Makcik Navy..Suratan atau Kebetulan (ehh**)

Assalammualaikum..

Fuhh..fuhh...bersawang dah blog mak mandir..baru berapa hari je tak update entry..belum sampai seminggu pun..anyone miss me? huhuhu..owh, hi stalker..sorry la i takde update pape untuk you 2-3 hari ni..huhu

Dah lama mak mandir nak masukkan gambar-gambar makcik-makcik navy ni, tapi asek tertangguh je huhu..eh, kenapa mak mandir memanggil/menggelar mereka ni makcik? tak pasti la dalam navy sahaja or memang dalam tentera, pasangan anggota tersebut memang digelar makcik..kalau lelaki, pakcik la kan?? hahaha...ada satu persamaan kat gambar-gambar tu..nak tengok tak?


-

-

-


-

-

-

(kak epi pegi tandas time ni..so terpaksa ganti dengan bunga)

-

-

-

gambar yang paling nak temuntah sekali untuk hari ini..


Dua gambar paling atas tu doc..sorang belajar di Ireland..sorang lagi Rusia..betul tak sofea/rai? yang tidak bermuka tu besekolah di UIAM (masterji emm dalam bidang ape kak??)..dan yang bawah sekali tu paling hampeh..banyak main dari belajar..huhuhu...sekian..huhuhuu

p/s: cuba teka gambar siapa yang paling gedik? huhuhuh

Wednesday, June 29

Handphone

Assalammualaikum...

Selamat pagi dan Salam Israk Mikraj kawan-kawan..nampaknya cuaca pagi ni nyaman sekali..redup dan sejuk.. :)

Lepas magrib semalam mak mandir keluar dating dengan pak pandir..rupa-rupanya pak pandir ajak suvey handphone baru...tapi, entah la ye..mak mandir rasa macam tak berminat pula..tak tahu kenapa..baik *phone mahupun beri-beri..adakah mak mandir ni tergolong dalam golongan outdated? tak kesah la golongan apa pun..bagi mak mandir asalkan boleh sms/call dah kira okey..sebab mak mandir bukan "kaki game" mahupun mp3 dan yang sewaktu dengannya..


Kalau camera pulak..baru je beberapa bulan yang lepas pak pandir beli kat singapore..kalau nak cakap pasal gadget ni..mak mandir tak minat sangat..cukuplah dengan apa yang ada..pak pandir tu dah la kaki game, beli macam-macam gadget nanti rasa macam orang bujang pulak..tak boleh jadi..tak boleh jadi...laptop pula ada tiga..dua tu zaman belajar pak pandir dan mak mandir..dua-dua boleh pakai lagi..tapi yang mak mandir punya isha dah lingkupkan..lingkup yang macam mana? patah dua T.T ....lagi satu pak pandir tergoda dan terbeli..sebab nipis dan macam-macam pula katanya..hmmm...

baik ayah mahupun anak...


pak pandir

Jadi cukup lah dengan apa yang ada..lagipun nak pakai handphone yang canggih manggih ni..at the end of the day takut senasib dengan handphone sekarang..insyaAllah tahun depan nak tambah ahli baru..so possibility untuk jadi macam handphone sekarang sangat tinggi..hehehe..mungkin ada ibu-ibu di luar sana faham/senasib dengan saya..selain handphone, anak-anak kecil ni suka juga bermain dengan purse dan handbag..kalau tak bagi??? tahan la dengan kemengadaan/rengekan anak anda..cayolah cakap den..kalau nak belipun, maybe mak mandir akan memilih pakcik *tc..saya musti pilih..huhuhu..

So, mak mandir rasa dari mak mandir berbelanja lebih untuk handphone..adalah baiknya mak mandir belikan farisha baju cantik, atau belanja pak pandir makan sedap, mahupun bawa mereka bercuti, tak pun beli perhiasan rumah, raya dah nak dekat ni eh**..tepuk dada tanya selera.. :)


Tuesday, June 28

We Are Family (53i & Tuan Haizan)

Assalammualaikum...

Burpp..alhamdulillah..baru lepas makan laksa johor pn. Munira Syukran..habis sepinggan..licin..hehehe... sedap ke lapar ni?? dua-dua sekali.. ^.^

Berbalik kepada tajuk di atas..balik dari picnic/potluck 53i dengan family tn haizan hari tu tak sempat nak buat entry ni..bukan bussy pun..saja buat-buat bussy..25 Jun 11 yang lepas, separuh warga 53i telah berpicnik dengan keluarga tn haizan di Teluk Batik..kenapa "separuh warga"?? huhu sebab ada yang tidak mendapat info mengenai aktiviti tersebut..maaf ye kawan-kawan yang tidak mendapat perkhabaran tersebut..plan last min..next time kita plan lagi ye...

Ni antara gambar-gambar yang mak mandir sempat snap masa picnic hari tu..owh, sebelum tu..nak kongsi kat sini menu yang kami bawa..mash potato & makaroni goreng (tn haizan), kek pisang (fared fariza), mihun goreng (faz kinci), kuih ketayap & popia nestum (ira syukran), jelly & pelbagai jenis air (siti fizal) dan yang paling best, orang bujang bawa raja buah..DURIAN..durian terbaik la..semua cun ^.^


lari...


memunggah durian..


makanan lain tak pandang dah..hahaha

dan lagi...

lain-lain gambar sila klik www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/media/set/?set=oa.184748741579317 (group di-privatekan sorry)

Dulu aktiviti kita main bowling..mana group bowling tu ha?? lepas tu buat makan-makan..rumah fared fariza, rumah faz kinci, rumah ira syukran, rumah nick noona dan rumah ira ajai..sekarang masing-masing agak bussy..so aktiviti dan tempat terbaik adalah outdoor..sebab lepas tu tuan rumah tak payah nak cuci pinggan/periuk..hahaha..lepas ni kat mane pulak kawan-kawan??

Monday, June 20

Merindui

Assalammualaikum..

Hari ni rutin mak mandir di office seperti biasa..seperti biasa mak mandir orang pertama yang sampai di office..tu pun pukul 8.30am baru keluar dari rumah..sempat la masak nasi, kari ayam dan sayur bayam untuk pak pandir lunch nanti :).. hmm bila lah pc company nak sampai ni..nak belajar system lagi..aduaii~

Pagi ni..mak mandir bermimpikan "sahabat" mak mandir..hmm how i miss her..hmm sometimes..tapi, mak mandir pasti yang dia sudah mematikan memori bersama mak mandir dahulu..susah, senang, "coverline", sharing dan macam-macam lagi lah..dia lah sahabat pertama dan terakhir bagi mak mandir..pahit manis suka duka hmm i do miss her..hmm tapi mak mandir ni tidak mempunyai ada apa-apa yang boleh "dibanggakan"..



She chage a lot..totally different..penampilan? tak banyak yang berubah dari dulu..pertuturan?? ye. itulah yang mak mandir maksudkan..hmm setelah hampir 5-6tahun tidak berbual..antara soalan-soalan yang ditujukan apabila dapat berhubung melalui laman web sosial: "kau sekarang naik motor lagi ke? aku since kawin dah tak sentuh motor".."aku sekarang naik kereta ****, kau??".."aku ada orang gaji"..
yes..yes..yes..aku tahu, kau kawin dengan orang kaya..if u are happy with your life..then, i am happy for you.. :)

Selepas dia, mak mandir memang sukar untuk meletakkan kepercayaan terhadap orang-orang tertentu..tidak mungkin mak mandir mencari sahabat lain selepas apa yang terjadi..tapi mak mandir tahu, walaupun pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap mak mandir dan keluarga..mak mandir tetap merindui beliau..apa yang berlaku, diambil atau dituduh..tidak mengapalah..biar mak mandir simpan di dalam hati..what is past is past..takpe lah mak mandir redha..

Mak mandir ingat, mak mandir tidak akan menemui sahabat baru..tapi Tuhan telah menghadiahkan bukan satu, tapi tiga sahabat baru kepada mak mandir..Terima Kasih Allah..Dd, Kecik, Dhobit..walaupun kita berjauhan, semoga ikatan persahabatan kita berkekalan dunia dan akhirat..mish u guys :)

Thursday, June 9

Fesyen Baju

Assalammualaikum..

Beberapa hari ni puas memikir, nak buat baju fesyen apa kenduri kakak mak mandir nanti..bakal pengantin dah belikan kain lace dan satin..ingat nak buat baju kurung moden, tapi macam dah banyak sangat la pulak satin dan lace kurung moden..

Kalau baju kurung pun..lebih kurang baju kurung moden kot?? owh, untuk pengetahuan..mak mandir lebih selesa satin tersebut tidak dijahit sekali dengan lace..emm boleh faham tak? dalam kata lain, kain satin tu mak mandir prefer dijahit sebagai maxi..kerana:
pertama: sangat-sangat selesa..sukar untuk digambarkan..tapi mudah untuk digosok, dicuci dan dipakai..tidak panas dan tidak merimaskan..owh, lagi satu..mak mandir tak suka melihat bahu baju yang dijahit bertindih antara satin dan lace..nampak tebal macam je..lagi satu, mak mandir tak suka nampak line baju kurung yang singkat dari lace..jadi bila di fesyenkan begini..memang menepati citarasa mak mandir :)..terima kasih butik 21 kerana telah memberi idea yang bernas..
kedua: boleh mix and match..sebagai contoh, mak mandir ada sepasang satin dan lace yang bewarna cream, hijau dan pink..jadi mak mandir boleh bertukar-tukar lace dan maxi tersebut..sebagai contoh, maxi yang bewarna cream tersebut boleh dipakai dengan lace yang bewarna pink atau hijau..so bila dipakai berulang-ulang kali tidak la perasan sangat :)..mak mandir dapat idea ini ketika mak mandir menempah persalinan khatam quran dan berinai di butik tersebut..

Buat masa ni mak mandir ada 3 satin maxi, 2 kurung moden dan satu kebaya..selalunya mak mandir pakai baju ni bila pergi kenduri kawan-kawan husband..baju-baju tu biasa je..takde la over sangat..yang penting selesa dan tak panas..

Kain yang ada ni seriusly dah tak tahu nak buat baju apa..adakah ia akan berakhir dengan kurung moden juga?? atau kebaya?? baju kurung macam tak sesuai dikawankan dengan maxi..hmmm

Owh, ni la contoh mix and match maxi dan koleksi kurung moden mak mandir..maxi hijau tu kawannya kurung moden kain chiffon..tapi kali ni mak mandir kawankan dengan kurung moden cream.. :)

cantikkan pengantin tu?? kenduri shamil dan farhana :)


Friday, June 3

Balik Penang

Assalammualaikum..

Ehem..sementara tunggu pak pandir balik lunch, boleh la nak mengomel-ngomel kat blog ni..hehe..al-kisahnya petang ni kami nak balik penang..heh..heh..heh..dalam fikiran ni dah set macam-macam..antaranya nak beli jeruk dan buah berangan kat bazar chowrasta..kenapa nak beli dekat situ? sebab kat situ banyak pilihan, kalau nak beli jeruk cari kedai yang bersih sikit..faham-faham la orang berniaga..ada yang utamakan kebersihan, ada yang ambil lewa..jeruk kat situ memang pelbagai pilihan..buah berangan pulak, memang best la kat situ..dah try kat tempat lain memang tak best..ada yang kurang masak, tak masak pun ada..macam mana nak makan.. kat bazar tu macam-macam ada jual..dari barangan basah, baju-baju, kain ela, jeruk, barangan perhiasan..iskk pendek kata macam-macam ada la..kena pergi tengok sendiri..kalau datang ke Georgetown, selalunya orang akan tanya bazar tu kat mana..sebab nak beli jeruk sebagai buah tangan..

sumber ihsan dari: liepan.blogspot (pinjam gambar ye liepan)

Lepas tu nak pergi Queensbay Mall..nak shopping baju farisha pulak..t-shirt dia semua dah tak muat..huhuhu..lagipun QM ni besar, bukan setakat baju farisha je, macam-macam ada kat sana..tempat dating pun ada..hik..hik..sambil menyelam, sambil minum air la kan..baju-baju budak kat sana banyak pilihan dan harga pun berpatutan..

Kalau boleh nak minum cendol kampung melayu..memang the best la..banyak, murah dan paling penting sedap. ABC kat situ pun sedap..shopping kat batu feringhi..lepas tu nak jalan-jalan kat marina yang dekat tempat nak naik feri tu..tangkap gambar kat situ cantik..nak naik bukit bendera..pasembor, laksa penang, char kwey tiau..perghh hehe..tapi apakan daya..balik sekejap sahaja..takpe, simpan agenda tu next balik penang..

Makcik Oooo Makcik...

Assalammualaikum..

Kisahnya bermula begini.....

Ting tong..ting tong ting tong ting tong (loceng rumah ditekan bertubi-tubi)...pak pandir dan mak mandir saling berpandangan..lalu pak pandir berlari ke bilik untuk mendapatkan baju.."sayang pergi la buka pintu" kata pak pandir..lalu mak mandir pun berlari-lari anak ketam ke pintu..sebelum membuka pintu, sempat lagi mak mandir jeling melihat jam bulat di dinding..hmm pukul 9.30pm "siapa pulak yang datang malam-malam ni.." sempat lagi mak mandir berbisik di dalam hati..

Sebaik sahaja pintu dibuka "makcik, saya nak pinjam kunci rumah..nak buka pintu rumah saya"..permintaan seorang gadis yang tinggal di hadapan rumah pak pandir dan mak mandir.."emm..sekejap ye" jawap mak mandir sambil meraba-raba kunci rumah yang disimpan di dalam poket kunci.."aaa...nah" jawap mak mandir sambil tersenyum..

Lalu gadis itu pun bersungguh-sungguh membuka pintu rumah beliau menggunakan kunci rumah mak mandir.."hmm tak boleh la makcik..takpa la..saya ingat boleh guna kunci ni tadi" rungut gadis yang bersusuk tubuh besar itu.."mari la masuk dulu..tunggu ayah balik.." pelawa mak mandir.."mm takpe la..saya tunggu di luar" jawap gadis itu ringkas...lalu pak pandir pula datang sambil tersenyum mempelawa gadis itu masuk, masih juga di tolak oleh gadis sunti itu..



hu..hu..hu...macam mana budak ni boleh terfikir kunci rumah boleh sama ni..kalau jiran jauh-jauh mungkin boleh kot??

Thursday, June 2

Zikir Hasbi Rabbi

Assalammualaikum..

He..he..masuk ni, tiga entry saya tulis hari ni..cover balik 2-3hari tak menulis..hmm dalam hati ni suka sangat dan terngiang-ngiang zikir hasbi rabbi ni..mula jatuh cinta dengan zikir ni masa balik penang dulu..isha meragam..lalu, paksu beliau mendukung beliau dan menyanyikan zikir ini ke telinga beliau yang tenah meragam tu..sebak okey..nak nangis..sekarang pun rasa nak nangis..rindu..tapi..paksu farisha merajuk dengan mama..

Al-kishanya..si adik ni ada acc facebook..(konon)..bila dah add..dah masuk dalam list, tengok gambar-gambar dia dengan "gf" dia..rasa macam uweekk uweekk..bukan jeles tapi kamon la..korang baru abis sekolah cover la sikit gambar tu..so mama isha pun dengan berseloroh, menyuruh musa menukar gambar profil yang ala-ala suami isteri tu..okey, lepas tu gambar tu pun bertukar wajah..

Rindu seorang kakak kepada adik lelakinya kadang-kala segan/sukar untuk ditunjuk..family pulak bukan jenis "i love you..you love me..we are happy family"..no..no..abah tegas gila..ketegasan abah tu kadang-kala membuatkan emak kalah, semua orang kalah..so bila dah besar-besar ni nak sayang-sayang tu dah jadi macam janggal..jadi, bila nampak si adik ni online..si kakak ni pun berborak panjanglah dengan si adik tersebut..tapi si adik diam seribu bahasa..tiba-tiba msg yang panjang lebar itu dibalas dengan jawapan ringkas "ni bukan musa"..hmmm rasa macam mana?? orang tengah excited berborak dengan adik sendiri ni..tiba-tiba dapat pulak jawapan macam tu.."sape ni?".."gf musa" jawapnya ringkas..apa yang anda rasa?? dushh..dushh..

Apabila situasi sebegini berlaku 2-3kali..lalu si kakak pun hilang sabar..maka terkeluarlah ayat-ayat cinta dari seorang kakak kepada orang yang kononnya gf adik beliau...takde la maki cuma marah suruh create acc masing-masing je..lalu si "gf" tu pun mengadu kepada "bf" beliau..so si "bf" ni pun marah la si kakak ni..kalau ikutkan memang si kakak ni nak sound balik..tapi malas nak keruhkan keadaan..biarje la...

Zikir hasbi rabbi ni sering terngiang-ngiang dan ternyanyi-nanyi oleh si kakak kepada puteri beliau..kadang-kadang bila menyanyi-nyanyi teringatlah pula kepada si adik..huhuhu..rindu la..sob..sob..ishh mata ni masuk habuk pulak..hmm takpe la..layan je la zikir ni...

Perhatian Penghuni-Penghuni Block B dan C

Assalammualaikum..

Tadi masa tengah bersungguh-sungguh melakukan kerja rutin di dapur terdengar suara lelaki bersembang-sembang di bawah blok..mesti la hairan, sebab selalunya waktu macam tu mana ada lelaki dewasa di kawasan ni sebab semua pergi kerja..jenguk lah si mak mandir ni dari jendela rumah..ooo ada orang bersihkan blok..ok..ok..

Tiba-tiba dapat msg dari kak haida..
"Sila ambil perhatian!!! untuk makluman penghuni Blok C
Kontrek cucian bangunan telah diwujudkan dan sedang berjalan setiap hari bekerja bagi blok B dan C....lepas ni xyah menyapu kt luar rumah dah....cheersss...
tolong pass kt kawan2 blokC dan B sahaje ye...."

Owh..patut la ada orang bersihkan bawah blok tadi..so, penghuni-penghuni blok B dan C..kak haida pesan..pastikan pintu belakang rumah anda sentiasa berkunci bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..pintu depan pun sama..ada betulnya juga pesanan kak haida tu, bukan kita nak syakwah-sangka dengan orang..tapi sebelum terjadi apa-apa, baik kita mengambil langkah awal..langkah berjaga-jaga..
Selalunya kebersihan blok adalah tanggungjawap penghuni sendiri..tapi kadang-kadang penghuni belayar, sibuk..maka tidak terjagalah kebersihan blok ni..bagus juga ada kontrek baru ni..takkan "makcik-makcik" (gelaran untuk isteri anggota) nak turun bersihkan blok kan..kalau setakat sapu depan rumah, belakang tu boleh la..ye la, nak-nak yang ada anak kecik..susah sikit...betul..bukan alasan la...

Tuesday, May 31

Maggi Kari

Dan akhirnya..tepat pukul 12 tengah malam..aku masak megi..yak!! yak!! yak!! tumis bawang sikit, masuk sebiji telur..slupppp~

**Kak farz diam je..masak megi ke hape??

Monday, May 30

Makan!! Makan!! Makan!!

Wow..hari ni post kat wall saya pasal makan je..hurmm..tengah hari tadi teringin nak makan asam pedas atau tomyam seafood..pegi pasar malam tadi tengah beratur beli laksa, suruh la en suami beli sayur..siap pesan lagi "sayang, beli lengkuas ngan daun limau purut tau"..dah sampai rumah, baru teringat nak bertanya.."sayang beli sayur apa? esok boleh la buat tomyam seafood"..lalu en suami pun menjawap, "sayang suruh beli lengkuas dengan daun limau purut, tu je la yang orang beli"..huk..huk..huk...sayur lain? bayam je yang elok pun..adeh..takkan nak masukkan bayam dalam tomyam seafood..hmm banyak berfikir suami ku ini..

Jalan dari hujung A sampai hujung Z..beli lauk dan makan malam..jagung bakar, pop corn, nugget untuk isha, air honeydew, cendol pulut, laksa..alhamdulillah..kenyang sampai sekarang..tengah jenguk-jenguk status facebook, nampak pulak megi ayam siap ade telur lagi..perhhhh...sedap tu..tapi kat dapur ada megi kari je..haruskah aku memuaskan nafsu aku tat kala begini?? fuhhh~ nafsu..nafsu...

Saturday, May 28

Muffin vs Pelam/Mangga Telur

Hari ni ade muffin delivery kat rumah makbed..siap baking dalam pukul 2pm tapi pukul 4pm baru hantar..huhuhu..lepas siap baking n luch, si farisha mintak tepok-tepok kat bontot die..lepas stengah jam tidur lah beliau..jenguk kat facebook and blog, takde pulak makbed online/update status..ish, makbed ni senyap je..da besalin apa?? bisik ku dalam hati..lalu aku pun sms makbed "kak, watpe tu"..pantas kak liza membalas "tak watpe, baring-baring je..baru lepas tepok-tepok bontot oni"...nampaknya kami melakukan aktiviti yang sama.."okey, japgi faz hantar muffin ye"...lepas meletakkan isha di tempat yang lebih selesa, aku pun bergolek-golek skali...adeh..terlelap pulak..sedar-sedar dah pukul 3.30pm..mandi-mandi, siap terus g rempit rumah makbed..uishh dah lama tak bawak motor, serius gayat..huhuhu

Nampak block makbed dari jauh tak nampak pulak kereta beliau..alamak, kak liza dah keluar nihh..takpe, pegi je la kot-kot ada..nasib baik aku tak patah balik..makbed ada je kat umah..pun tertido jugak..tunggu muffin lama sangat la tu..huhu..sowi..sowi..sampai-sampai, aku ketuk..oni ketuk balik..aku ketuk..oni ketuk balik..huhuhu...lawak la oni ni..

Lepas handover muffin and kek yang ala-ala tak jadi, makbed tanya..nak mangga telur tak.."dalam hati aku tertanya, mangga telur tu macam mana.." lalu makbed membungkus 3biji mangga telur untuk aku..ini lah rupa mangga telur tu:


Haaa...geram tak tengok mangga ni..aku panggil pelam je..pelam tak tau nama..kalau pelam telur pulak yg bulat-bulat, kecik-kecik and masam giler tu..tu memang fav kakak aku..tapi kalau yang macam dalam gambar ni..memang fav aku!!! wow..rangup, masam lemak-lemak yang paling best..dah kuning isi die nak masak..tapi tak manis pun..still masam-masam lemak..isha pun layan skali..makbed cakap kak haida bagi..kak haida beli kat mana ni..nak cari!! nak cari!!

Hehe..oleh kerana pokok mangga kat blakang blok aku ni dah kena tebang..ni yang buat aku nak tanam ni..tapi ntah brape tahun pulak la aku boleh merasa hasilnye..huhuhu..kak farz tanya tadi..japgi 8.30pm die nak datang amek muffin..ada lagi sbiji mangga tu, boleh tanya kot-kot dia ngidam jugak..kikikiki..kak farz, nak tak?? faz save sbiji ni.."SEDIKIT SAMA DIRASA, BANYAK DIBAGI RATA" hahaha gitu..tahun depan aku nak join pilihan raya..uwekkk~

Wednesday, May 25

Comment problem

Ala..kenape tak boleh nak komen kat entry orang and sendiri ni..mencik2..ade yang boleh and ade yang tak boleh..tapi banyak yang tak boleh..why...whyyy~..bila nak klik "post comment" die suh login..pastu nak klik "post comment" die suh login g skali..demam la. huhu ke aku yang salah klik ni???

Friday, March 18

Post pertama saya =)

testing one two three

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com