Assalammualaikum..
Hari ni nak bercerita pasal gegaran tsunami semalam..kebetulan semalam suami saya baru je bertolak ke KLIA untuk menghadiri sukan perahu layar..kejadian berlaku dua jam selepas suami bertolak..masa tu saya dalam bilik, sedang menirap kat atas katil..melihat katil uzur yang dimakan anai-anai..jarang-jarang saya menirap sambil mengguyang kaki (sila jangan amalkan tabiat yang kurang sopan itu ya pembaca sekalian)..tiba-tiba dapat merasakan yang katil tersebut turut bergoyang..ekk okk~ ekk okk~ lebih kurang begitu la bunyinya..terbisik didalam hati..”uish kuat sungguh aku goyang kaki nih..ke katil ni dah nak roboh??”..saya masih lagi menirap diatas katil sambil melihat habuk anai-anai dibawah katil..
Tiba-tiba kepala terasa pening dan mual-mual…terbisik sekali lagi..”eh, nape lak ni..”..mata saya terus melihat ampai tuala dalam bilik..kelihatan hanger-hanger yang tergantung turut bergoyang..terdengar juga bunyi yang pelik-pelik..lalu saya pun begegas melihat anak yang sedang tidur di ruang tamu…rupanya di ruang tamu lagi banyak bunyi yang pelik-pelik..kelihatan rak di tengah-tengah ruang tamu turut bergoyang dengan meriahnya serta mengeluarkan bunyi yang pelik..
*masa tu farisha tidur kat sofa panjang tu..rak kat belakang sofa tu dah bejoget sakan..
Tanpa segan silu, saya pun mendukung anak saya dan berlari keluar dari rumah..bergegas turun ke bawah blok..tiada penghuni blok keliatan di bawah..kemudian terlihat jiran-jiran dari blok lain..alarm kereta dari blok-blok sebelah turut berbunyi..PIN~ PIN~ PIN~..PON~ PON~ PON~..lebih kurang begitu la bunyinya..dalam perjalanan ke blok belakang, kelihatan kelibat momy iman sekeluarga..penghuni-penghuni blok beliau semua turun..jadi, saya dan farisha pun ke sana..jumpa wife intake husband..alamak, lupa nama beliau..huhuhu..husband beliau satu office dengan husband saya..rupanya husband beliau pun berada di Sabah ketika itu..sebulan tak silap saya..
Keadaan panik membuatkan penghuni-penghuni blok c bergegas keluar dengan pakaian nan ado..time tu cikgu tu berkaki ayam..saya pulak mujur time tu berpakaian sedikit sopan sebab awal tu kami menghantar dan memberi lambaian mesra buat ayah farisha yang berangkat ke KLIA…tengok kat berita, ada sorang pakcik tu tengah mandi terus turun dengan bertuala..huhu..yela, dalam keadaan genting begitu, takda masa dah nak pikir bedak-bedak bagai..turun je la sebab masa tu yang penting nyawa dan keselamatan..
Lewat malam tadi terbaca yang amaran tsunami ditarik balik..alhamdulillah..berkat doa semua..semua berlaku dengan izin-Nya..







