Saturday, May 28

Tips Memilih Stroller/Daytripper Untuk Anak Anda

Salam,

Entry kali ni nak berkongsi pandangan dengan bakal ibu/bapa untuk membuat pilihan stroller/daytripper untuk putera/puteri mereka..

Pada pendapat saya la kan, jangan beli stroller yang mahal dulu buat anak kecil anda..mengikut pengalaman saya dan suami dulu..kami telah membeli stroller sweet cherry yang agak besar (kononnya boleh pakai lama dan menjaminkan keselesaan bayi) yang harganya mencecah RM300-350 pakai tak sampai setahun, kalau orang kaye, takpe..abaikan harga tersebut Akan tetapi, apabila kami berjalan-jalan di shopping complex agak kurang selesa sedikit..nak nak time bershopping..sorang tolak stroller sorang lagi tolak troli..dua-dua besar gaban..yang paling tak best bila nak shopping kat jusco..nak lalu kat laluan perfume n laluan yg kecil tu..adeh la..macam bengang pun ada..tu belum time nak masuk lif lagi..huhuhu..owh, nak masukkan part simpan dalam bonet pulak..time tu pakai kete kecik je skarang pun kete kecik jugak ngam-ngam la pulakkan stroller tu dalam bonet..tu pun macam bengang jugak..

Ni la stroller yang dimaksudkan..stroller ni memang luas..kalau budak bawah setahun, dua orang boleh duduk so boleh bayangkan tahap keluasan dan kegabanan stroller ni kan..boleh ejas bagi duduk, baring, tolak mengadap posisi depan, belakang..pastu pulak kalau budak umur setahun-dua tido, memang ngam-ngam n selesa berbaring..siap boleh guling-guling lagi..





Awal tahun ni..tengah syok-syok skodeng facebook..jumpa daytripper Maclaren yang sangat ringkas dan sangat murah..harga asal tengok kat otaki.com RM549 tapi saye dapat dengan harga yang sangat berbaloi-baloi..lagipun ni jenis yg paling basic and biasa je..kalau nak ikot yang berjenama, kadang tengok harga je boleh pengsan..tapi kalau mampu, ape salahnye kan..try google untuk jenama quinny..harga stroller dah sama dengan harga sbiji motor..mengikut budget seorang surirumah, dapat harga yang macam ni sangat okey la..dan paling pengujakan, dah dapat harga murah, dihantar lagi depan pintu..kalau nak beli mahal-mahal memang tak tak dapek la..ni la daytripper tu..tapi isha punya warna pink.
Daytripper ni..bila dilipat jadi macam beg golf tu..tapi takde la besar gaban..jap nak google gambar yang dilipat..okey, tak jumpe pulak gambar yang dilipat-lipat..tapi jumpa vedio ni..



Tips untuk membeli stroller/daytripper ialah, pilih yang simple dan mudah dibawa, kalau boleh jangan pilih warna yang lembut (kena rajin cuci), jangan memilih warna mengikut jantina baby (macam laki wajib baby blue, pompuan pink..so nanti boleh pakai untuk adik yang berlainan jantina), jangan malu untuk tanya/meminta penjual tu membuat demonstrasi/melipat stroller (so anda boleh budget luas bonet anda)..dan yang paling penting adalah mengikut budget anda..macam daytripper ni sesuai untuk baby yang dah boleh duduk..baby skarang ni umur 5-6 bulan dah duduk..jenis ni juga boleh digunakan sehingga anak anda berumur 2-3 tahun..menigkut berat yang telah disarankan..

Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman dalam memilih stroller/daytripper..daytripper yang macam ni dah banyak di pasaran dengan pelbagai jenama dan harga mengikut kemampuan masing-masing..terima kasih kerana sudi membaca :)

2 sila tinggalkan komen anda (n___n):

MamaDamia said...

good info... tp dlm kes nani beli stroller utk memudahkan org laen jgk menggunakannya...*hehe(sambil senyum sinis)

FK said...

ouchh* hihihi...masih lagi ke nani? lol

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com