Friday, June 3

Balik Penang

Assalammualaikum..

Ehem..sementara tunggu pak pandir balik lunch, boleh la nak mengomel-ngomel kat blog ni..hehe..al-kisahnya petang ni kami nak balik penang..heh..heh..heh..dalam fikiran ni dah set macam-macam..antaranya nak beli jeruk dan buah berangan kat bazar chowrasta..kenapa nak beli dekat situ? sebab kat situ banyak pilihan, kalau nak beli jeruk cari kedai yang bersih sikit..faham-faham la orang berniaga..ada yang utamakan kebersihan, ada yang ambil lewa..jeruk kat situ memang pelbagai pilihan..buah berangan pulak, memang best la kat situ..dah try kat tempat lain memang tak best..ada yang kurang masak, tak masak pun ada..macam mana nak makan.. kat bazar tu macam-macam ada jual..dari barangan basah, baju-baju, kain ela, jeruk, barangan perhiasan..iskk pendek kata macam-macam ada la..kena pergi tengok sendiri..kalau datang ke Georgetown, selalunya orang akan tanya bazar tu kat mana..sebab nak beli jeruk sebagai buah tangan..

sumber ihsan dari: liepan.blogspot (pinjam gambar ye liepan)

Lepas tu nak pergi Queensbay Mall..nak shopping baju farisha pulak..t-shirt dia semua dah tak muat..huhuhu..lagipun QM ni besar, bukan setakat baju farisha je, macam-macam ada kat sana..tempat dating pun ada..hik..hik..sambil menyelam, sambil minum air la kan..baju-baju budak kat sana banyak pilihan dan harga pun berpatutan..

Kalau boleh nak minum cendol kampung melayu..memang the best la..banyak, murah dan paling penting sedap. ABC kat situ pun sedap..shopping kat batu feringhi..lepas tu nak jalan-jalan kat marina yang dekat tempat nak naik feri tu..tangkap gambar kat situ cantik..nak naik bukit bendera..pasembor, laksa penang, char kwey tiau..perghh hehe..tapi apakan daya..balik sekejap sahaja..takpe, simpan agenda tu next balik penang..

0 sila tinggalkan komen anda (n___n):

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com