Selamat pagi..wahh awal-awal pagi mak mandir dah update blog..nampak sangat "sibuk" ye..hihihihi...semalam pak pandir duty (standby 24jam kat office) so pagi ni mak mandir kena hantar farisha ke rumah pengasuh beliau..
Pagi ni bangun lambat sikit, sebab pak pandir tak ada..lepas tu jam pulak lupa nak kunci..huhuhu setiap pagi mak mandir akan memasak untuk makan tengah hari pak pandir (sebab mak mandir masuk office lambat)..semalam sempat masak kari ayam dan sayur bayam..hari ni mak mandir sempat goreng mihun je..kalau nak keluarkan ikan takut tak sempat cair pulak nak menunggu..huhuhu but its okey, pak pandir bukan jenis yang memilih makanan (cuma cerewet part ikan je)..
Okey, berbalik pada cerita farisha..malam tadi 2-3kali beliau bangun/merengek..adeh, selalu bergilir-gilir dengan pak pandir..malam tadi mak mandir handle sorang diri..pagi tadi bangun rasa macam tak puas tidur, tapi sekarang rasa segar pulak..maybe penangan nescafe breakfast tadi..huhuhu..lepas siap masak, kemas rumah sikit, mandi-mandi dan siapkan farisha..mak mandir pun menghantar beliau ke rumah pengasuh..
Maka bermula lah ceritanya disini
Masa menghantar beliau ke rumah pengasuh tadi, farisha peluk dan tak nak tinggal dengan pengasuh tu pulak..akak tu cakap "kalau ayah dia hantar senang sikit" sambil tersenyum..sementara farisha mempamirkan kemengadaan beliau, mak mandir pun berborak la dengan pengasuh tersebut.."kak, farisha ni kalau nak tidur macam mana?? kena tepuk tak??" tanya mak mandir.."takde pulak, dia tidur macam biasa je" jawap kak zue..sempat bertanyakan soalan itu je, dan beberapa soalan di luar liputan..lepas farisha terpancing dengan mainan beliau, mak mandir cepat-cepat beredar..
farisha ntah berapa bulan time ni..huhuhu -.-'
-
-
-
-
-
menunjukkan dua batang gigi di bahagian bawah


0 sila tinggalkan komen anda (n___n):
Post a Comment