Wednesday, July 6

Cara Menangani Kesedihan

Assalammualaikum...

Wah, lain macam tajuk entry mak mandir pagi ni ye..hehe..hari ni Allah memberi ujian untuk mak mandir sekeluarga..tu semua sebagai ingatan kepada kami..agar kami lebih dekat dengan-Nya..insyaallah..okey, tamo sedih-sedih..mari kita berkongsi cara-cara mengatasi kesedihan:

Cuba melupakan masalah tersebut dengan melakukan aktiviti lain:

- Muhasabah diri
listkan kesedihan anda - kelemahan anda - fikir cara untuk mengatasi

- Menonton television/wayang
tengok la cerita-cerita yang kelakar..

- Mendengar muzik/melalak kat karaoke jamban
dengar lagu-lagu yang ceria dan membuatkan anda menyanyi, yang boleh membuatkan anda menyanyi dan berjoget

- Membuat kerja
kalau kat opis, buat la kerja kat opis..kalau kat rumah..bila kerja dah siap/rumah dah bersih..sejuk mata memandang

- Keluar bersiar-siar
menghirup udara nyaman di taman/pantai/bukit/gunung/ window shopping

- Makan
pilih makanan yang sedap..kemudian hayati kesedapan makanan tersebut sambil melupakan kesedihan anda

- Mengimbau memori indah
tak kesah la dengan sesiapa pun

- Berborak dengan orang yang kelakar/berkomunikasi
dengan pokok pun boleh..asalkan dapat melupakan kesedihan anda

- Bersukan/lari laju-laju
bagus untuk badan

- Drift/rempit
tapi jangan menyusahkan orang..

- Masak
bagi sesetangah orang, masak adalah terapi minda

- Memancing
ada orang cakap memancing dapat menghilangkan stress..kalau tak dapat ikan cane?

- Tidur
merehatkan minda

- Mengaji/solat/berzikir
pilih zikir-zikir yang menenangkan dan dengar..ikot berzikir lagi bagus..dekatkan diri kita dengan yang Maha Esa

**Ada lagi ke? kalau ada sila lah tambah, please don't be hesitate to leave your comment. Heeeeeee~


ps: peace no war!

0 sila tinggalkan komen anda (n___n):

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com