Tuesday, July 12

Resepi Puding Roti Bercoklat

Assalammualaikum..

Pagi ni mak mandir nak berkongsi resepi yang mak mandir pernah cuba tempoh hari..resepi ni mak mandir ambil dari my resepi kot..huhuhu tak ingat la..bila cari-cari balik tak jumpa dah..mujur mak mandir salin..

Rasa puding roti ni memang sedap..mak mandir tak pernah merasa puding roti ni apatah lagi membuatnya..bila tengok kawan-kawan galak membuat puding roti, mak mandir pun cari lah resepi yang mudah..alhamdulillah sedap, cuma lembik sedikit di bahagian bawah..tak pasti kenapa..nanti mak mandir akan cuba lagi sehingga berjaya..walaupun agak lembik di permukaan bawah, tapi rasanya memang sedap.

-

-

-
 


Bahan-bahan:
12 keping roti
800ml susu (roti dan susu direndam selama 30min)
3 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh bersama air suam)
3 sudu besar butter (dicairkan)
3/4 cawan gula pasir (mak mandir gantikan dengan gula perang)
1 sudu esen vanila
1 sudu coffee emulco
1/3 cawan kismis (bagi yang suka)
1 sudu besar tepung jagung
choc chip
choc rice (tambahan mak mandir sendiri - ditabur di bahagian atas)

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula lebih kurang 1minit/kembang
2. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi..masukkan butter cair, esen vanila, coffee emulco dan koko digaul sebati
3. Masukkan adunan + kismis + choc chip + roti + susu dan gaul
4. Sapu loyang dengan margerin
5. Tabur choc rice (atau baki choc chip)
6. Bakar selama 40min.

Selamat mencuba :)

4 sila tinggalkan komen anda (n___n):

iyan shazlind said...

sedapnya...boleh rasa kesedapannya wpun cuma tgk gmbar je...sy plak klau wat puding roti sgt simple..cuma roti+ fresh milk + sedikit susu pekat (untuk maniskan sket) + kismis...pastu bakar

FK said...

sedap yan..makan panas2 boleh menikmati kerangupan atas dia tu..hehe..try la nnt..tapi nanti kurangkan sikit susu tu atau lebihkan roti.. :)

Makbed said...

XDE SAMPLE KEE...

FK said...

ada la kak bed (ececece bagi rasa muda sikit) sample gambar..klik gambar bagi mendapatkan image yang lebih jelas..macih :)

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com