Alahai..luahan hati seorang isteri tentera..seorang ibu kepada anak yang kecil..seperti semua sedia maklum, hari ni perhimpunan HARAM sedang giat diadakan di ibu kota..kalau ikutkan hati, memang nak tulis macam-macam pasal isu politik dan parti yang berkaitan..tapi, lebih baik mak mandir simpan sahaja..
Sepatutnya, kita bersyukur berada dalam satu negara yang aman..walaupun ada kepincangan dalam satu-satu pertubuhan, tolong jangan rosakkan masa depan anak cucu kita..banyak lagi medium lain yang boleh digunakan dan yang paling penting TIDAK MENYUSAHKAN RAKYAT/TENTERA/POLIS..dalam setandan pisang, tak semuanya elok bukan..begitu juga dalam satu-satu parti yang ditubuhkan..anda pasti ke semua yang ada dalam parti berkenaan BERSIH/SUCI DAN MURNI?? please la..manusia ni tiada yang sempurna..jangan jadi bodoh dan mudah melatah.
Semalam, pak pandir tidak pulang..beliau terpaksa standby di office..entah la..beliau tidak banyak berbicara..munggin penat..mungkin terlalu banyak rahsia kerajaan yang harus disimpan..since pagi semalam, lunch tadi baru mak mandir dan farisha berjumpa dengan pak pandir..itupun sekejap sahaja..sambung duty..
Terpandang mak mandir ke leher pak pandir.."sayang..sayang pakai rantai apa tu??" sambil melihat rantai tersebut..lalu pak pandir menjawab "kalau nak berperang, memang kena pakai rantai ni"..kemudian masing-masing terdiam..sob..sob..berkaca seketika mata mak mandir..adakah negara kita sekarang sudah berada dalam ketegori akan/bakal/sudah berperang?? sambil mak mandir membelek-belek rantai tersebut..tertulis
MOHD FIRDAUS
DARAH JENIS O
ISLAM
gambar contoh
Terlalu jauh fikiran mak mandir melayang..hmmm semoga negara kita dilindungi-Nya dijauhi dari peperangan..



4 sila tinggalkan komen anda (n___n):
huhu..encik tunang sy pn ade ranti cmtu..ade nama, jenis darah, agama..kate die senang if papejd..sobsob..
nama dan no. tentera..kalau jadi apa2 senang nak detct..jenis darah kalau dalam keperluan, terus tahu dan terus boleh tolong..terlalu jauh saya berfikir..semoga negara kita tidak sampai ke tahap itu..sob..sob..
suuuubb subb subb...
semoga semuanya selamat...juga risau terkenangkan encik cinta di lumut :(
Post a Comment