Monday, August 8

Farisha Tinggi?

Assalammualaikum...

Dah lama mak mandir bercuti dari menulis di blog ye..busy sikit dengan aktiviti..sebelum puasa dulu, celik mata je kemas katil, berjoget-joget di dapur, mandikan farisha dan hantar ke rumah pengasuh..balik kerja rehat-rehat sambil lipat kain/menyapu/mengemas/melayan karenah si anak (pak pandir tukang cuci pinggan sahaja)..bulan puasa ni, masih lagi aktif memasak walau sesimple mana sekalipun..jadi rutinnya lebih kurang tapi bangun seawal 4.30am untuk berjoget-joget di dapur..lepas tu sambung tidur..lepas menjalankan kewajipan, mak mandir mula mengemas apa yang patut, kemas katil, bersiap, mandi dan siapkan farisha untuk dihantar ke rumah pengasuh..balik kerja terus berjoget-joget di dapur..sebelum tidur kene pastikan baju/kasut/susu/pampers/mainan farisha sudah tersedia di dalam beg beliau..

Hari ini farisha berusia setahun lima bulan..ketinggian beliau mencecah pinggang mak mandir (belum cecah lagi..hampir)..tinggi mak mandir 163cm..hmm tinggi ke anak aku ni? ish..mak ayah tak tinggi mana pun..kebolehan terbaru farisha?? sila lihat gambar di bawah:


kebolehan menjenket

Last timbang berat beliau ketika berusia setahun (kot) time tu 10kg..sekarang?? belum tahu lagi..bila farisha bermain dengan kawan-kawan seusia/lebih dari beliau..nampak beliau lagi tinggi..oleh kerana beliau tinggi, selalunya orang akan ingat beliau sudah berumur dua tahun lebih dan belum boleh bertutur dengan sempurna..huhuhu..tapi beliau baru setahun lima bulan la...cuma terlebih tinggi je..

Amalan yang mak mandir lakukan?? hmm tak ada pulak amalan special yang mak mandir lakukan pada si farisha ni..melainkan mengurut badan beliau..mungkin mak mandir terlebihkan pada bahagian kaki..sebab tu jadi tinggi?? wallahhualam..takpe la..apa-apa pun yang penting farisha membesar dengan sihat..ni gambar farisha dengan kawan lelaki beliau..teman tapi mesra..hihihi firas..firas sebaya dengan farisha, cuma firas lahir sebulan lebih awal:

kadang-kadang boleh berkongsi...

-

-

mak mandir suka gambar ni..


0 sila tinggalkan komen anda (n___n):

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com