Saturday, August 6

Resepi Asam Rebus Ikan Sembilang

Assalammualaikum...

Petang ni masak apa? hehe..petang ni menu mak mandir simple je..berbuka dengan anak dara ni..pak pandir stayback kat office sebab malam ni ada exam..hari ni pak pandir berjuang di dewan peperiksaan..4 paper..dari pukul 8.30am sampai ntah pukul 10mlm nanti kot..huhu..good luck pak pandir..

Eh, tajuknya nak kongsi resepi..tapi bebel pasal pak pandir pulak..mak mandir memang macam ni..jom, terus ke resepinya..




Bahan-bahan:
3 ekor ikan sembilang (bersihkan dengan buah limau dan perap sebentar untuk hilangkan hanyir)
2 batang serai
2 biji bawang besar/4-5 biji bawang merah
1cm kunyit hidup/serbuk kunyit
15-20 batang cili api (hijau-mengikut pedas yang diingini)
2 asam keping
garam, gula, serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara:
1) Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk. Ketuk/titik serai dan masukkan sekali.
2) Cuci ikan sehingga bersih, masukkan semua baki bahan ke dalam periuk. Masukkan air dan masak.

* Resepi kali ini rasanya pedas-pedas, masam-masam...mak mandir suka masak resepi ni menggunakan ikan sembilang yang fresh..sebab dapat rasa kemanisan ikan dan kelembutan isi ikan tersebut..slupppp...
* Ini bukan masak singgang..mengikut resepi mak mandir, masak singgang mak mandir tak masukkan serai..tapi, lain negeri/daerah, lain resepinya kan..sekadar berkongsi..selamat mencuba :)

INI BUKAN BLOG MASAKAN (^,^)v

0 sila tinggalkan komen anda (n___n):

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com