Monday, February 27

Farisha Rindu Nenek Tahap Gaban


Assalammualaikum..

Entry hari ni nak cerita pasal farisha..rasanya, entry dalam blog ni akan lebih mengutamakan penulisan-penulisan mengenai farisha, dan kehidupan kami..mana la tahu, mama pergi dulu..so that satu hari nanti kalau farisha rindu kat mama, farisha boleh baca entry-entry yang mama tuliskan ni wat cite sedey plak..bluekk..

Semalam (Ahad 26/2/12), bangun je dari tidur..sambil tersenyum farisha bertanya kepada ayah beliau yang kebetulan lalu di sebelah:

Farisha: ayah, nenek..nenek? (nenek mana nenek?)
Ayah: buntu seketika..emm ce tengok dalam bilik..
Lalu si farisha pun dengan riang dan wajah yang terukir dengan senyuman, berlari-lari anak menuju ke bilik tetamu untuk mencari nenek kegemaran beliau..
Farisha: mama, nenek..nenek?
Tanya kepada mama pula kerana gagal menemui nenek dalam bilik tersebut..
Mama: nenek mane ade sayang..nenek tak datang la…



Tergamam seketika, selepas beberapa saat farisha pun meraung menangis di luar kawalan..puas saya pujuk namun gagal..takut jugak budak ni kot ketegur lalu saya pun membaca ayat kursi, 3 qul dan al-fatihah..lalu dihembuskan ke muka si farisha ni kerana beliau bertindak diluar kawalan..

Lantas saya mendapatkan farisha, memeluk dan mendukung beliau..terpaksa la saya tipu sikit dengan memberi tahu bahawa nenek beliau berada di bawah (parking)..farisha masih lagi menangis..akhir sekali, saya buka album kawen  untuk mencari gambar nenek si farisha ni..tup..tup terjumpa gambar atok farisha ber-uniform kerja..

Alhamdulillah..terukir juga senyuman di wajah farisha:

Farisha: mama atok ork (work)
Saya masih lagi mencari gambar emak saya untuk diberikan kepada beliau..tapi, nampaknya gambar atok lebih mencuri hati farisha..huhuhu

Terjumpa gambar saya bersanding..ada gambar emak dan ayah saya serta kedua-dua mentua saya..lalu farisha mencium gambar tersebut..begitu sekali ke impact-nya farisha? Really? 

1 sila tinggalkan komen anda (n___n):

Unknown said...

hahaha...siannyer isha..meh dtg umah iman ...

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com