Tuesday, April 24

Aktiviti Bulan 3


Assalammualaikum…

Entry hari ni agak ketinggalan sikit..kira ni entry untuk aktiviti bulan march je la..dua aktiviti yang dianjurkan TLDM saya sekeluarga hadiri pada bulan lepas adalah majlis ilmu oleh Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Kejohanan Mini Olimpik TLDM.

Balik je dari keje, en suami “malam ni ada ceramah agama..semua kena pegi bawa keluarga”..mulanya agak mengeluh la..saya memang kureng sikit dengan aktiviti last minit ni..yela, balik-balik keja tu dah nak memasak..cuci pinggan..siapkan beg anak untuk hantar ke rumah pengasuh esok pagi tu..so macam terkejar-kejar…masa tidur tu la betul-betul nak rehat pun..tu pun kalau isha tak ngigau malam tu..tapi dalam hati ni macam terdetik 2 perkara..hmm majlis ilmu kan..kalau tanak g pun tak yah nak mengeluh kot..lagi satu, tiba-tiba rasa teringin sangat nak pegi..so dalam kepenatan, lepas dinner terus masuk bilik..iron baju en suami, cik puan sikecik tu..dan baju sendiri..

Awal tu hujan gerimis..tapi masa kami sampai kat stadium hujan dah berenti..so dengan yakinnya kami pun tak bawak payung..dah masuk stadium tu cari pulak tempat duduk..adoi, sume basah la pulak..tisu pun tak bawak..huhu dugaan...tiba-tiba ada seorang budak yang sangat baik hati duduk dibelakang kami..’acik, guna la sapu tangan saya ni’..sambil menghulurkan saputangan hijau beliau..

Lagi setengah jam ceramah nak mula..kumpulan hijaz mulakan majlis dgn selawat, doa n nyanyi-nyanyi sikit..tiba-tiba..hujan mula turun..nasib baik bawak payung lipat yg kecik tu..cop pantai bharu..hehehe…walaupun cuma hujan gerimis, namun tidak tanda-tanda nak berenti..disebabkan kami bawa anak kecil, kami pun pindah ke kerusi yang ada bumbung kat stadium tu..kebanyakan yang pindah tempat sebab membawa anak kecil..yang lain-lain masih remain kat bawah tu..

Memang best la ceramah Ustaz Kazim..ada touching ada lawak..nyanyi pun ada..meleleh air mata punya dok gelak..pandai bergurau jugak ustaz ni..semenjak dengar ceramah ustaz ni, en suami terus dengar radio perak..sebab ustaz ni selalu bagi talk ngan radio tu..

Hmm malas la kot nak tulis panjang-panjang lebar..saya kongsi gambar je la ye


hujan gerimis..dari mula sampai habis majlis..kuyup gak kot..

**seminggu lepas tu kalau tak silap saya Ustaz Kazim masuk TV1 dalam ehwal islam kat sungai besi..rasa bangga la pulak ustaz ada puji warga TLDM yang sanggup berhujan malam tu..woh, saya pun ada..mesti la bangga..walau hujan, penat, ngantuk and habis lambat, esok tu keja macam biasa lagi..gigih ooo dengar..memang tak mengecewakan..semua yang hadir balik dengan senyuman..banyak ilmu yang diperoleh..

Bawah ni pulak KMO..pergi closing je..opening hari tu tak pegi sebab malas kot? huahuahua




sekian.

0 sila tinggalkan komen anda (n___n):

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com