Friday, July 15

1 Tahun, 4 Bulan..Ayah Buli Farisha

Assalammualaikum...

Hari ni mak mandir agak busy..dengan politik pejabat..dengan isu _____________ (sila isi tempat kosong) huhuhu..macam-macam la..okey la..malas nak gosip-gosip kat sini...malam ni mak mandir nak menulis pasal pak pandir dan farisha..

Hari ni genap setahun empat bulan seminggu dan empat hari..haaa kira jangan tak kira..hahaha..farisha lahir pada 4/3/10..empat hari sebelum tarikh anniversary mak mandir bergelar isteri kepada pak pandir.. :)

Alhamdulillah..farisha diberikan kesihatan baik..banyak yang farisha pelajari..terkejut mama dengan perkembangan kamu farisha..sekarang farisha sudah menjadi pembantu peribadi pak pandir..huhuhu..

pak pandir: farisha, ambil remote kat ayah..
(kelam kabut farisha bangun mencari remote tv)
pak pandir: terima kasih
farisha: bla..bla...cih (terima kasih)

pak pandir: farisha, ambilkan ketip kuku kat ayah..
(terkedek-kedek farisha berlari membuka laci untuk mengambil ketip kuku)
yang peliknya, macam mana farisha kenal/tahu ketip kuku?? bila masa pak pandir ajar?? selepas mengambil ketip kuku, laci tersebut ditutup semula tanpa gagal..

pak pandir: farisha, ambilkan beg kerja ayah..
(terjengket-jengket berlari mengambil beg..tapi oleh kerana ketiga-tiga beg kami bewarna hitam..beliau main ambil je..hehe..yang tu pak pandir masih berusaha mengajar farisha..)

pak pandir: farisha, ambil hp ayah..
(bangun la si farisha ni dari main untuk mencari hp ayah)..

Ayah ni buli farisha ye...bukan buli sebenarnya..beliau dalam tempoh pembelajaran..so bila kita suruh buat kerja/meminta tolong, memang cepat beliau belajar..dengan mak mandir, mak mandir selalu menyuruh farisha buang-membuang..(contohnya jajan yang berbaki sikit-sikit tu, boleh la burung/kucing makan) yang tu memang fav farisha..dan lagi satu, mak mandir mengajar farisha mengenali haiwan..but still, mulut farisha lebih suka menyebut ball (walaupun beliau tahu itu adalah cat, bird dan sebagainya)...huhuhu

Alhamdulillah..farisha cepat juga perkembangan farisha..di usia...
  • 3 bulan menirap
  • 5 bulan merangkak
  • 7 bulan memulakan langkah
7 bulan

Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berlainan..ada yang cepat, ada yang lambat..farisha ni lambat sikit tumbuh gigi..sekarang baru ada 6 batang..huhuhu

bersambung...

2 sila tinggalkan komen anda (n___n):

iyan shazlind said...

rajin ya farisha ni..untung mak mandir dapat anak dara rajin & cerdik :)

FK said...

hehe..macih yan..harap2 sampai besar la rajinnye..huhu

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com