Thursday, April 11

Link Semakan Daftar Pemilih

Assalammualaikum..

Klik SINI untuk menyemak status dan tempat mengundi anda..





Selamat menjalankan tanggungjawap anda :)

Wednesday, December 12

My Special 12.12.12 (n__n)

Assalammualaikum...

Cantikkan tarikh hari ni..semoga hari ini baik-baik sahaja (n__n)..tahun lepas tarikh yang dinanti-nanti adalah 11.11.11..tahun ni 12.12.12..tahun depan 1.3.13..ok jugak 1.3.13, jatuh hari Jumaat pulak tu..tarikh cantik..hari cantik..kalau saya belum kawen, maybe saya pilih tarikh tu untuk diijabkabulkan..hahaha..lepas tu semadkan sebagai no plate kereta..

Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu..alhamdulillah, hari ni Muhamad kechintaan sampai ke rumah..genaplah 2 minggu tinggal berjauhan dengan si suami dan si anak..hari ini semua berada dalam dakapanku perghh ayat nak temuntah..alhamdulillah semuanya baik-baik saja..dari segi keselamatan, kesihatan..walaupun sedikit terduga..but dont worry, Allah menduga hambanya mengikut kemampuan..

Kalau mengikut plan yang dikhabarkan oleh en kechintaan, beliau sampai hari ni pukul 12.30pm..tapi subuh tadi, 10minit sebelum pukul 5 dah menekan-nekan loceng rumah..pastu tersengih-sengih depan pintu..welcome home sayang (n___n)

Diawal perpisahan tu..memang ada sedikit stress..berendam air mata..tapi, bila difikir-fikir..Allah memberi ujian yang sangat ringan..dalam hati terbisik.."suami/ anak aku tak ada 2minggu je..bukan tak ade langsung..so, aku patut rasa bersyukur, kan..lepas 2minggu dah boleh jumpa.."..nak-nak Siti Nur tak mahu cakap kat phone..sentap mak, nak..huhuhu tapi lepas 3-4hari, da ok..

Hmm..cuti ada lagi seminggu..ambil 2x sebab tak boleh ambil straight..sedikit tacing sebab branch lain boleh ambil slumber je..tapi, kita pulak yang tak boleh..dugaan~ hmm takpe la..apa yang penting, en kechintaan dah balik..banyak benda yang nak diceritakan/ plan..cair la taik telinga awak balik karang..hehehe..



Tuesday, December 11

Isu Pakaian Istiadat Farid Kamil

Assalammualaikum..

Heehee..isu hangat minggu ini..saya agak tertarik untuk menulis sedikit mengenai isu ini..walaupun tak banyak ilmu di dada mengenai hal ni..tetapi ada sedikit yang saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca/ peminat FK yang mungkin tidak tahu mengenai ke-sensitif-an isu tersebut..

Bagi sesetengah orang, hal ni bukan lah besar mana sangat pun..tapi mungkin selepas membaca entry ini, akan memberi sedikit pengetahuan dan gambaran, mengapa abang-abang askar ni bising dan sensitip sangat pasal isu ni..sepatutnya FK menyelidik dahulu mengenai pakaian/ acara istiadat ni..ini tak, main redah je..dah tak pasal-pasal jadi isu..kalau FK betul-betul ikut procedure swordbearer PDRM, MUNGKIN tidak ada masalah..sebab khabarnya beliau sudah meminta kebenaran/ membuat permohonan terlebih dahulu dari PDRM..tapi kesilapan yang beliau tidak sedar adalah dengan mencampur adukkan badge/ pangkat dalam pemakaian uniform istiadat tersebut..kalau nak buat salah pun biar la untuk satu unit je..senang sikit nak detail..ni dirojakkan dengan PDRM dan ATM..even Datuk Lee Chong Wei yang ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM memohon untuk membuat upacara swordbearer ketika melangsungkan perkahwinan pun ditolak..inikan pula FK..

Seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat, "pegawai-pegawai tentera ni ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agung..memang pangkat ni tak bawak kekubur..tapi atlease hormati la istiadat yang dah ditetapkan tu..nak ditauliahkan oleh agung tu pulak bukan sembareno..apatahlagi badge yang tersemat tu, bukan duduk goyang-goyang kaki terus dapat.."

Maafkan saya, isu ini memang agak sensitif bagi sesetengah pihak..bukan nak membangga-bangga or brag what so ever tapi..ada ke orang yang tak bangga dengan pencapaian yang macam tu? bukan sambil duduk makan biskut terus ditauliahkan oleh agung..sama jugak nak berjaya dalam hidup..bukan sambil tengok bintang dilangit kita terus berjaya..semua itu perlukan pengorbadan dan usaha..

Hmm okey la..taknak tulis banyak sangat..nanti kontrovesi..untuk membaca dengan lebih lanjut..sila klik SINI...

Nak selit jugak gambar kawen dolu-dolu ^.^

Kalau tulisan saya ini ada mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf..yang baik itu dari Allah s.w.t. dan segala  kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri..sekian (n__n)v

Saturday, December 8

Siti Nur Dah Balik

Assalammualaikum..

Alhamdulillah finally kechintaan hati acik sudah sampai malam tadi dengan selamatnya..love!! love!! love!!
rindu sangat..and finally tahu pun awak rindu kat mama ye..kalau tidak, aiyooo...dah seronok sangat dengan atok dan nenek sampai tak mahu cakap dengan mama kan..sampai hati.....

Rindu betul la tu Siti Nur..setiap 5minit asek nak sayang mama je..peluk mama..rasanya baru dua minggu tak jumpa Siti Nur..nampak macam makin tinggi pulak..malam tadi sebelum tidur/ bangun pagi bercinta dengan Siti Nur dulu..olololo...serius mama rindu..then call ayah..tanyakan hadiah yang ayah beli untuk dia..heehee (mama yang suruh tanya)..tak sabar nak tunggu Muhammad kesayangan pulak balik..then kita pegi holiday/jalan-jalan ye..weiihoooooo~


Friday, December 7

Yeayyy Siti Nur Balik Hari Ini!!

Assalammualaikum..

Hari ni Siti Nur pulang ke Lumut..yeayyy!! rindunya kat ucuk asham mama..fuhh tak sabar rasanya nak jumpa..heeee~

Hmm nampaknya hari ni kena balik awal..rumah dah lama tak bersapu..berhabuk/bersawang..malu kat mak dengan abah nanti..masak?? malam ni nak masak ape ye?? nak singgah pasar malam..hmm macam tidak sebab malas nak mencari parking tepi jalan..nak meredah kesesakan/kesempitan lagi..kang ada yang pengsan..huhu~

Owh nampak gayanya balik nanti memang kena singgah beli lauk..sebab dah seminggu acik tak masak..kih3..

Thursday, December 6

Senggugut??

Assalammualaikum..

Busy sikit hari ni nak siapkan gaji/commission staff branch..tapi agak tenang la..hari ni acik masuk lambat sikit sebab ada monthly check up kat klinik ibu dan anak macam jenama ubat batuk plak..

Tetiba malam tadi batuk dengan tekun..rasa semacam je..tak tahu la rasa kahak/darah..???...hmm kahak kot..batuk gitu-gitu je..tu pun dah rasa semacam..kalau dilayan batuk tu, silap-silap adik Siti Nur keluar malam tadi..huhuhuhu~

And again, tak boleh tidur..hmm kalau Muhammad kesayangan or Siti Nur ada, boleh jugak kacau diorang tidur..tapi oleh kerana keseorangan, sedikit stress disitu..sebelum pegi check up, tetiba rasa sakit dekat bawah perut..adoiiii~ nak drive pun macam tak daya je..tapi kalau acik tak drive, sape yang nak drive..jadi, ku gagahi jugak..huk..huk..bila sakit tu datang je..kaki ni terlepas clutch..berapa kali enjin mati pun tak tahu..nasib baik kat parking je..huhuhuhu~~

Rupanya, kandungan acik dah masuk 31weeks..erk?? serius preg kali ni macam tak ambil kira sangat weeks tu..sebab bila tak tunggu, rasa macam cepat je masa berlalu..boleh gitu??..

Lepas check up terus tapau makan kat pasar penama..nampak buah pisang yang kecik-kecik comel tu, rasa nak makan sangat..tapi terbeli manggis pulak..habis sekilo baby ni makan..and now da tak lalu nak makan nasik pulak..adeshh..k lah, nak sambung buat kerja..jap g nak jalan-jalan kat JJ..hehehe..cuci mata je, tak leh shopping lagi..puasa dulu :p

Wednesday, December 5

Minggu Yang Mencabar

Assalammualaikum..

Lama tak menulis kat sini..hehe..okey la, ada beberapa minit lagi sebelum balik..hari ni masih lagi seorang diri dirumah..ops, dengan si kecik dalam perut ni.. (n__n)

Last week memang minggu yang sangat mencabar..mencabar kesabaran, keimanan, jiwa dan raga..dah lebih seminggu Siti Nur bersuka ria dengan atok dan nenek di Penang..Muhammad kesayangan pulak berada nun jauh di Phuket..berjuang untuk mengharumkan nama TLDM tangan ke bahu - haha harus ke aku menaip kata-kata yang ber-possibility untuk buat orang muntah ni..haha...dont care! -.-"

Seminggu tu jugak acik dok balik lambat..lunch ke mana, dinner ke mana..sedih merindui Siti Nur dan Muhammad kesayangan..seminggu tu jugak dok ulang alik pergi klinik ambil ubat gastrik la hape la..ades..hmm dugaan..acik akui acik sangat ber-emosi ketika itu..and now alhamdulillah, rasanya dah getting better..masa yang terluang tu diisi dengan mengemas rumah, mencuci baju-baju adik Siti Nur..mengutip/membuang benda-benda yang tak sepatutnya..rasa seronok dan sedikit lega bila tengok rumah dalam keadaan tersusun dan bersih..bila mengemas dalam keadaan takde orang, rasa tenang je..tapi sedikit sunyi..bila malam takde da orang nak peluk sambil cakap "good night mama" dan ajaran-ajaran doa mudah untuk Siti Nur kesayangan..mama do miss you la honey..bila mau pulang...

Bulan ni dapat bonus, cuti pun banyak untuk dihabiskan..jadi sebelum bercuti panjang, marilah kita menenangkan diri dengan memastikan rumah cantik..mane la tahu balik-balik bercuti kang terus terberanak..ades..tapi masalahnya sekarang ni Muhammad kesayangan belum boleh meng-confirm-kan lagi cuti beliau..adus, kemon la boifren..kang burn gitu je cuti I..hmm tak pun redah je la..asalkan kita dapat bersuka ria..

One more week to go!! chayokkk~ chayokkk~ k bai.


Friday, November 9

Shopping List untuk Ibu dan Anak Sebelum Menyambut Kelahiran

Assalammualaikum..

Dah lama meninggalkan dunia blogging ni..semalam baru login..sampai terlupa password (^__^)' hehe..hari ni agak busy sebab rushing siapkan claim, commission, submission and ada 2 biji kereta nak register hari ni..curi masa sekejap sebelum sambung buat kerja..dah overload dengan nombor dan ayat-ayat cinta dah ni..

Hari ni nak update sesuatu yang sepatutnya dah lama update..asek delay je..tentang persiapan menanti orang baru..sampai dah masuk trimester pun tak buat apa lagi..baru kemas sikit-sikit..shopping pun belum lagi sebab tak tahu nak beli apa..kena kemas balik barang-barang si kakak baru boleh buat list..kot? tapi yang basic tu dah boleh prepare la..macam new born pampers, shampoo, lotion..jom tolong saya buat list (^__^) kot-kot ada yang saya tertinggal..

Barang untuk ibu:
  1. Maternity pad
  2. Set berpantang/ pilis
  3. Tungku
  4. Bengkung/ corset/ girdle (masa 1st baby dulu saya pakai girdle berselang bengkung - alasan: sebab malas nak melilit bengkung tu..panjang sangat..huhu)
  5. Stokin
  6. Toiletries
Barang untuk bayi:
  1. Pampers new born
  2. Barut
  3. Minyak angin/ lotion/ mandian/ bedak
  4. Baju/ seluar bayi
  5. Sarung tangan/ topi/ stokin bayi
  6. Selimut/ towel bayi
  7. Baby wipes
  8. Baby's toiletries
Untuk barang basic yang perlu dibawa ke hospital..atau yang boleh disediakan di tepi pintu/dalam kereta, boleh klik sini...


Tuesday, April 24

Aktiviti Bulan 3


Assalammualaikum…

Entry hari ni agak ketinggalan sikit..kira ni entry untuk aktiviti bulan march je la..dua aktiviti yang dianjurkan TLDM saya sekeluarga hadiri pada bulan lepas adalah majlis ilmu oleh Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Kejohanan Mini Olimpik TLDM.

Balik je dari keje, en suami “malam ni ada ceramah agama..semua kena pegi bawa keluarga”..mulanya agak mengeluh la..saya memang kureng sikit dengan aktiviti last minit ni..yela, balik-balik keja tu dah nak memasak..cuci pinggan..siapkan beg anak untuk hantar ke rumah pengasuh esok pagi tu..so macam terkejar-kejar…masa tidur tu la betul-betul nak rehat pun..tu pun kalau isha tak ngigau malam tu..tapi dalam hati ni macam terdetik 2 perkara..hmm majlis ilmu kan..kalau tanak g pun tak yah nak mengeluh kot..lagi satu, tiba-tiba rasa teringin sangat nak pegi..so dalam kepenatan, lepas dinner terus masuk bilik..iron baju en suami, cik puan sikecik tu..dan baju sendiri..

Awal tu hujan gerimis..tapi masa kami sampai kat stadium hujan dah berenti..so dengan yakinnya kami pun tak bawak payung..dah masuk stadium tu cari pulak tempat duduk..adoi, sume basah la pulak..tisu pun tak bawak..huhu dugaan...tiba-tiba ada seorang budak yang sangat baik hati duduk dibelakang kami..’acik, guna la sapu tangan saya ni’..sambil menghulurkan saputangan hijau beliau..

Lagi setengah jam ceramah nak mula..kumpulan hijaz mulakan majlis dgn selawat, doa n nyanyi-nyanyi sikit..tiba-tiba..hujan mula turun..nasib baik bawak payung lipat yg kecik tu..cop pantai bharu..hehehe…walaupun cuma hujan gerimis, namun tidak tanda-tanda nak berenti..disebabkan kami bawa anak kecil, kami pun pindah ke kerusi yang ada bumbung kat stadium tu..kebanyakan yang pindah tempat sebab membawa anak kecil..yang lain-lain masih remain kat bawah tu..

Memang best la ceramah Ustaz Kazim..ada touching ada lawak..nyanyi pun ada..meleleh air mata punya dok gelak..pandai bergurau jugak ustaz ni..semenjak dengar ceramah ustaz ni, en suami terus dengar radio perak..sebab ustaz ni selalu bagi talk ngan radio tu..

Hmm malas la kot nak tulis panjang-panjang lebar..saya kongsi gambar je la ye


hujan gerimis..dari mula sampai habis majlis..kuyup gak kot..

**seminggu lepas tu kalau tak silap saya Ustaz Kazim masuk TV1 dalam ehwal islam kat sungai besi..rasa bangga la pulak ustaz ada puji warga TLDM yang sanggup berhujan malam tu..woh, saya pun ada..mesti la bangga..walau hujan, penat, ngantuk and habis lambat, esok tu keja macam biasa lagi..gigih ooo dengar..memang tak mengecewakan..semua yang hadir balik dengan senyuman..banyak ilmu yang diperoleh..

Bawah ni pulak KMO..pergi closing je..opening hari tu tak pegi sebab malas kot? huahuahua




sekian.

Thursday, April 12

Gegaran Tsunami Semalam


Assalammualaikum..

Hari ni nak bercerita pasal gegaran tsunami semalam..kebetulan semalam suami saya baru je bertolak ke KLIA untuk menghadiri sukan perahu layar..kejadian berlaku dua jam selepas suami bertolak..masa tu saya dalam bilik, sedang menirap kat atas katil..melihat katil uzur yang dimakan anai-anai..jarang-jarang saya menirap sambil mengguyang kaki (sila jangan amalkan tabiat yang kurang sopan itu ya pembaca sekalian)..tiba-tiba dapat merasakan yang katil tersebut turut bergoyang..ekk okk~ ekk okk~ lebih kurang begitu la bunyinya..terbisik didalam hati..”uish kuat sungguh aku goyang kaki nih..ke katil ni dah nak roboh??”..saya masih lagi menirap diatas katil sambil melihat habuk anai-anai dibawah katil..

Tiba-tiba kepala terasa pening dan mual-mual…terbisik sekali lagi..”eh, nape lak ni..”..mata saya terus melihat ampai tuala dalam bilik..kelihatan hanger-hanger yang tergantung turut bergoyang..terdengar juga bunyi yang pelik-pelik..lalu saya pun begegas melihat anak yang sedang tidur di ruang tamu…rupanya di ruang tamu lagi banyak bunyi yang pelik-pelik..kelihatan rak di tengah-tengah ruang tamu turut bergoyang dengan meriahnya serta mengeluarkan bunyi yang pelik..

*masa tu farisha tidur kat sofa panjang tu..rak kat belakang sofa tu dah bejoget sakan..

Tanpa segan silu, saya pun mendukung anak saya dan berlari keluar dari rumah..bergegas turun ke bawah blok..tiada penghuni blok keliatan di bawah..kemudian terlihat jiran-jiran dari blok lain..alarm kereta dari blok-blok sebelah turut berbunyi..PIN~ PIN~ PIN~..PON~ PON~ PON~..lebih kurang begitu la bunyinya..dalam perjalanan ke blok belakang, kelihatan kelibat momy iman sekeluarga..penghuni-penghuni blok beliau semua turun..jadi, saya dan farisha pun ke sana..jumpa wife intake husband..alamak, lupa nama beliau..huhuhu..husband beliau satu office dengan husband saya..rupanya husband beliau pun berada di Sabah ketika itu..sebulan tak silap saya..

Keadaan panik membuatkan penghuni-penghuni blok c bergegas keluar dengan pakaian nan ado..time tu cikgu tu berkaki ayam..saya pulak mujur time tu berpakaian sedikit sopan sebab awal tu kami menghantar dan memberi lambaian mesra buat ayah farisha yang berangkat ke KLIA…tengok kat berita, ada sorang pakcik tu tengah mandi terus turun dengan bertuala..huhu..yela, dalam keadaan genting begitu, takda masa dah nak pikir bedak-bedak bagai..turun je la sebab masa tu yang penting nyawa dan keselamatan..

Lewat malam tadi terbaca yang amaran tsunami ditarik balik..alhamdulillah..berkat doa semua..semua berlaku dengan izin-Nya..

Tuesday, April 3

Thank You Allah


Assalammualaikum..

Pagi ni nak curi masa sekejap untuk entry ni..

Owh, pagi yang sangat nyaman..farisha pun bangun dengan senyuman..semalam emak dan ayah saya sampai dari penang..gara-gara nak tengok si cucu..masing-masing dah rindu tersangat..seminggu dua ni farisha boleh dikatakan tiap2 hari minta untuk “bergayut” dengan atok dan nenek..celik mata atok mane atok? Nenek? Ayah? Mak long? Tu la soalan-soalan wajib ditanya apabila celik mata..

Semalam petang atok dengan nenek farisha sampai lumut..atok cuti 4 hari, tapi sabtu ahad lepas ada kenduri di penang..jadi semalam la baru berkesempatan datang..malam ni dah nak balik penang balik..farisha sure meraung malam kang..owh, atok farisha ni polis..so sabtu ahad tu kalau onduty ke, standby ke hape ke memang la kene amik cuti :)

Malam tadi sambil basuh pinggan berborak dengan mak..saya basuh pinggan, mak masak..bestnya ada yang menolong..rasa kurang sikit kerja..patut la ibu-ibu selalu bising agar anak-anak ringan tulang..yela, bagi ibu-ibu bekerja..rutinnya celik mata masak/panaskan sarapan or lunch..boleh dikatakan setiap hari saya sediakan lunch untuk suami..tak kesah la beliau pulang makan atau tidak..balik kerja main-main dengan farisha, rehat kejap..prepare and dinner..lepak tengok tv jap..eh, dah pukul 9..bangun dan lihat keperluan si anak untuk dihantar ke rumah pengasuh esok..basuh pinggan dinner, kutip kain baju cuci/lipat..kemas dapur..owh, dah pukul 10.30pm..rehat lagi..aisey, cerita best pulak..bla..bla..bla..owh, dah pukul 11.30pm..siapkan si anak untuk masuk tidur (tukar pampers, susu, bersihkan badan bla..bla..bla) eh, dah pukul 12am..time to sleep!

Pagi ni just panaskan balik asam pedas mak malam tadi..bawak bekal..malas la nak keluar lunch sorang-sorang kat sini..jauh jugak..kalau ada kawan ok jugak..siap goreng pisang lagi mak sediakan..sebelum siap tadi mak tanya..nak minum air ape? Alahai..susah-susah je mak..takpe, dah minum tadi..jawap saya ringkas..

Owh, bahagianya hari ni..ini semua pinjaman dari-Nya..terima kasih ya Allah kerana memberi aku merasai kenikmatan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..panjangkan umur, murahkan rezeki kedua ibu bapaku dan mentua ku..amin ya rab alamin...

Saturday, March 24

Farisha dan Mama Semakin Faham

Assalammualaikum...

Dah berapa hari ye saya tak update entry? hihihi..busy sikit dengan kerja kat office ni..AGM BAKAT semalam pun tak dapat join sebab menggantikan bos yang tiada di office..okey, enough pasal office/kerja..malas nak tulis pasal tu...

Pejam celik dah 5 hari en suami outstation..dulu, kalau sehari je en suami tak ada..perghh mula la nervous, sentap, sebek, bosan, hilang selera makan la..isk, pendek kata macam-macam penyakit la datang..hihihi..alhamdulillah, sekarang rasanya dah mula sebati..kebetulan pula si anak dah besar sikit..ada la tempat mengadu, bersembang, bergaduh manja..

Farisha pun sekarang dah boleh menerima hakikat/ sebati dengan tugasan ayah beliau..alhamdulillah..nasib kami baik semenjak berkahwin..Tuhan menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing..semenjak berkahwin tiga tahun yang lepas, en suami tak pernah naik kapal lagi..naik kapal pun masa course dulu kejap..walaupun en suami tidak ditugaskan di kapal..tapi en suami kerap outstation dan balik lambat..yela, dulu DFOO kat FOC..sekarang kat pelandok..kerap jugak outstation g amek boat kat langkawi..

Dulu, kalau sehari tak nampak en suami..mula la farisha hilang arah..kesian dia..asal dengar bunyi pintu, kereta..berlari-lari beliau mencari ayah..tak pun soalan yang sering terpacul dari mulut beliau "mama, ayah mane ayah?"..jadi bagi menghilangkan rasa resah, rindu si anak..tiap-tiap petang/malam mesti cakap ngan ayah..kadang-kadang sehari call 2-3kali borak-borak kosong dengan ayah..lepas tu mula la datang merapu beliau nak cakap ngan atok la..nenek la..so dalam 5 hari ni boleh dikatakan tiap-tiap hari farisha request untuk cakap dengan ayah, atok dan nenek..

Ni dengar-dengar khabar angin, en suami mungkin kene draf kapal tak lama lagi..em..semua tu ketentuan Tuhan..insyallah kami di sini baik-baik je..nak kerap balik kampung pun, satu kat penang..satu lagi kat johor..so duduk la diam-diam kat lumut ni ye..kalau mama tak kerja boleh la kita balik penang time ayah outstation..tapi alhamdulillah, sekarang saya dah boleh cakap "hah, nak outstation? tade hal la" riak gile kan bunyi..hahaha..selagi kesihatan mengizinkan, insyallah.. :)

Sekian bebelan saya hari ni..


Monday, March 12

Mengidam??


Assalammualaikum

Untuk 2nd entry hari ni saya nak tulis pasal satu penyakit yang saya alami sebulan dua ni..saya tak tahu kat mana salah/silapnya..setiap bulan waktu cik puan p nak menziarah mesti datang keinginan/nafsu yang membuak-buak nak makan mangga muda..serius..

Dah mengalahkan orang mengandung pulak..kalau tak dapat tu rasa tak senang duduk, berdebar-debar, resah..kan? macam orang mengidam..

Mujur la sebulan dua ni senang nak cari mangga muda..port terbaik, kat pasar malam la..penah hari tu, sabtu beli sekilo..konon-konon sekadar melepaskan keinginan..tup..tup..esok tu pegi balik beli 3 kilo..en suami dan si farisha pun join makan sekali..tu yang seronok tu..

Mangga muda tu bukan dari jenis yang masam tau, yang lemak-lemak dan rangup tu..cicah dengan kuah rojak..semalam saya ada beli 3 kilo buat stock..sekilo dah selamat buat jeruk, dua bijik dah selamat hadam kot..hehe..berbaki 5-6biji..malam nanti boleh sambung..owh, lagi satu..sebulan dua ni jugak saya jadi penggemar cempedak nangka..goreng le..sedap tu...hari tu beli sebiji..RM4 je..tapi isi ada la 8biji ngam-ngam..hoho..tapi dalam situasi ni..apakah?? apakah??

Jom cuci mata:

lebih kurang macam ni la mangga yang rangup lagi tak masam tu..

-

-

-

nyum..nyum..nyum...

-

-

-

tengah google..jumpa pulak gambar ni..nyum..nyum..nyum...




Demotivate?


Assalammualaikum..Selamat pagi..

Hari Isnin ni mesti ramai yang kena penyakit Monday blues kan? Hihihi…

Hari ni, saya rasa “kurang gembira “ la..haha, bukan kurang kasih sayang ye..alhamdulillah, tak pernah kurang kasih sayang dari orang disekeliling saya..hmm..actually since Jumaat lepas..seriously rasa demotivate, unhappy, senak perut dan yang sewaktu dengannya..hmm maybe I’m too tired and need a break/vacation..

I believe everything happens for a reason..saya tak salahkan takdir..event semua benda negative yang berlaku dalam hidup saya, saya jadikan pengajaran..dulu saya tak macam ni..dulu saya baran..dulu saya pendendam..dulu saya ego..sekarang Alhamdulillah saya dah mula rasa ada sedikit perubahan dalam diri saya..mungkin absorb dari en suami..mungkin dari kawan-kawan..alhamdulillah, kawan-kawan saya dari golongan yang penyabar, positif dan periang (harus ke aku guna ayat periang?)

Hmm..harap-harap aura negetif ni segera berlalu..berlalu seperti angin kentut yang busuk..(kentut kan bau sekejap je)..haruslah saya mengambil ini sebagai satu ujian dari-Nya..ujian kesabaran dan penghijrahan kepada yang lebih baik insyallah…kepada yang berkenaan, berhentilah dari meletakkan salah sendiri ke bahu orang 100%..kerana ia adalah satu kekecewaan yang tidak terluah dengan kata-kata..



Thursday, March 8

Happy Anniversary to Us!

Assalammualaikum..

Today is our 3rd wedding anniversary..may our marriage be Blessed with love, joy and companionship for all the years of our lives sayang.. I started dating him since November 2006.. We've been through some really tough times, but have stuck it out..amin/Insyallah..


Last night we have celebrated our anniversary at home with our lovely princes, farisha..but I still wishing him happy anniversary here anyway. Nine years ago I wondered who is the good looking guy was over by the dart board (baru habis SPM dah gatal berangan..amboi). Six years ago he stood next to me and told me that he wanted to be my man. A month letter he met my family. Four years ago, we were engaged. Three years ago, his arm is officially became pillow. Two years ago he said: sayang, our princes is so cute, just like me..bwekk, muntah sebaldi..and last night, we were celebrating our 3rd anniversary..ouch, in advance :D ..tonight we don’t have any programme yet..maybe after praying together will going out for dinner..


I'm not sure where we'll be in ten more years..but I’m excited..Oh yeah....happy anniversary sayang, Love ya.


-

-

-


-

-

-


Owh, not to forget..happy international women day to all women out there  and happy 3rd birthday to my dear little darl muhammad aqil...may you have a blessed birthday filled with lots of wishes came true. Jadi anak yang soleh ye muhammad abang :)






Wednesday, March 7

Happy 3rd Anniversary


Assalammualaikum…

Hari ni saya nak tulis entry untuk 3rd anniversary esok..hiks, pejam celik, dah 3 tahun kami melayari bahtera rumah tangga dan sehingga hari ini kami sudah bekenalan selama 6 tahun 7 bulan :)

Untuk 1st anniversary, saya hadiahkan puteri pertama kami, SITI NURFARISHA yang lahir 4 hari awal dari tarikh anniversary kalau ikutkan nak tahan lagi 4 hari, tapi farisha nak keluar jugak hari tu..hihihihi.. 2nd anniversary pun diraikan in advance sekali dengan birthday farisha..untuk 3rd anniversary, hadiah yang saya order baru je sampai..owh, berbunga rasanya hari ni..hahaha nak tegelak..hadiah apa yang saya dapat/beri untuk 1st, 2nd and 3rd anniversary? biarlah rahsia.. :)

Cuma nak berkongsi kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Ilahi..alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah mengurniakan MOHD FIRDAUS sebagai pasangan ku..dunia akhirat insyallah..


-

-

-

*nak mention kat sini..credit to kak laila shamsudin sebab tolong dapatkan no ni..no cik putih :)

**terima kasih jugak untuk pasangan fared fariza sebab tolong belikan hadiah untuk 1st anniversary dulu..maklumlah, saya dalam pantang..huhuhu




Wednesday, February 29

Biskut Oat Paling Senang Dalam Dunia


Assalammualaikum..

Hari ni saya nak kongsi cerita malam semalam..kebetulan masa tu en suami duty, tinggal la saya dengan anak dara kesayangan..tengah syok tengok AFC tiba-tiba dia buat mix fruit crumble..memang mantap la kan..ada pear, apple, dates (kurma), macam-macam buah la..crumble tu plak ada kekacang..makan plak ngn yogurt/aiskrim..perghhhh…

Apalagi, terus ke dapur..kebetulan dalam fridge ada oat dengan mixed fruit (dry) yang memang dibeli untuk di-couple-kan dengan oat tu..

1st Attempt:

2 sudu besar oat
2 sudu besar mixed fruit + nuts
1 sudu besar butter
½ sudu besar tepung gandum
1 sudu madu

Maka, segala bahan-bahan tersebut pun digaul mesra..kemudian, bentukkan mengikut citarasa anda dan masukkan kedalam oven selama 10min..

**ting..biskut oat saya tidak menjadi..tapi jadi sejibik macam dalam tv tadi..crumble..sedap la jugak sebab ada rasa butter+honey+mixed fruit+kekacang..kalau buang = membazir..membazir = amalan syaitan..makanya, sementara tunggu 2nd attempt siap..saya dengan farisha pun makan la “crumble” tu depan tv..

2nd Attempt:
  
2 sudu besar oat
2 sudu besar mixed fruit + nuts
1 sudu besar butter
1 sudu besar madu
Tepung (saya agak-agak je sampai adunan menjadi doh)

*nota kaki:
1 – doh tu jangan terlalu keras..agak-agak je
2 – jangan takut untuk merasa sebelum masukkan ke dalam oven..cubit sikit je rasa manis, lemak, mengikut citarasa..so kalau tawar boleh tambah madu/gula

Dan hasilnya?? Sangat memberansangkan..bila gigit tu ada rasa oat, mixed fruit, badam, gajus, butter sikit..so lepas ni boleh stop beli munch* oat krunch yang bagi saya kurang sedap.. Julie’s Oat 25 yang ada kismis ngan kacang tu lagi sedap..tu la jajan saya kat office..

Simple kan bahan-bahan ni?? Bukan sahaja resepi/bahan-bahan yang sihat..malah mudah, cepat dan sedap dimakan..hihi selamat mencuba

sorry gambar tak clear (hp tak canggih)

Monday, February 27

Farisha Rindu Nenek Tahap Gaban


Assalammualaikum..

Entry hari ni nak cerita pasal farisha..rasanya, entry dalam blog ni akan lebih mengutamakan penulisan-penulisan mengenai farisha, dan kehidupan kami..mana la tahu, mama pergi dulu..so that satu hari nanti kalau farisha rindu kat mama, farisha boleh baca entry-entry yang mama tuliskan ni wat cite sedey plak..bluekk..

Semalam (Ahad 26/2/12), bangun je dari tidur..sambil tersenyum farisha bertanya kepada ayah beliau yang kebetulan lalu di sebelah:

Farisha: ayah, nenek..nenek? (nenek mana nenek?)
Ayah: buntu seketika..emm ce tengok dalam bilik..
Lalu si farisha pun dengan riang dan wajah yang terukir dengan senyuman, berlari-lari anak menuju ke bilik tetamu untuk mencari nenek kegemaran beliau..
Farisha: mama, nenek..nenek?
Tanya kepada mama pula kerana gagal menemui nenek dalam bilik tersebut..
Mama: nenek mane ade sayang..nenek tak datang la…



Tergamam seketika, selepas beberapa saat farisha pun meraung menangis di luar kawalan..puas saya pujuk namun gagal..takut jugak budak ni kot ketegur lalu saya pun membaca ayat kursi, 3 qul dan al-fatihah..lalu dihembuskan ke muka si farisha ni kerana beliau bertindak diluar kawalan..

Lantas saya mendapatkan farisha, memeluk dan mendukung beliau..terpaksa la saya tipu sikit dengan memberi tahu bahawa nenek beliau berada di bawah (parking)..farisha masih lagi menangis..akhir sekali, saya buka album kawen  untuk mencari gambar nenek si farisha ni..tup..tup terjumpa gambar atok farisha ber-uniform kerja..

Alhamdulillah..terukir juga senyuman di wajah farisha:

Farisha: mama atok ork (work)
Saya masih lagi mencari gambar emak saya untuk diberikan kepada beliau..tapi, nampaknya gambar atok lebih mencuri hati farisha..huhuhu

Terjumpa gambar saya bersanding..ada gambar emak dan ayah saya serta kedua-dua mentua saya..lalu farisha mencium gambar tersebut..begitu sekali ke impact-nya farisha? Really? 

Thursday, February 23

LinkWithin Masa'elah

Assalammualaikum…

Entry kedua berunsurkan soalan..hmm ni salah satu sebab saya privatekan blog..dah tukar desing bagai..last-last stuck masalah dengan LinkWithin ni..rasanya dah remove lama dah..puas mencari link bagai still ada jugak..bila dicari tengok memang dah tak ada..

Sebelum ni kan saya tukar blog-spot address sebab ada stalker busuk..tapi tu la..bila klik link gambar kotak-kotak kat bawah tu, dia keluar blog lama yang sudah diambil alih oleh orang lain..ades, macam mane ni..masaelah..masaelah…


Protela


Assalammualaikum…

Hari ni, saya nak kongsi sikit pengalaman kena tahan dengan abe’ protela..huhuhu tu pun nak cerita ke?? Bagi yang tak tahu, protela ni macam polis dalam base TLDM (correct me if I’m wrong please)..jaga lalu lintas, kesalahan lalu lintas, jenayah dan lain-lain..

Okey, cerita saya hari ni..semalam, saya kena tahan dengan seorang abe’ protela..huhu..atas kesalahan? Dot..dot..dot..biarlah rahsia..ni kongsi macam tak kongsi punya cerita la ni..masa tu dalam perjalalanan ambil anak dan pulang ke rumah..tak perasan pun abe’ protela tu sampai la betul-betul selang satu blok dari rumah..

Pin (bunyi horn)
Abe’ Protela: cik..bla..bla..(memberi tahu kesalahan saya)
Saya: owh, tak boleh ea..baik..baik -.-‘ (sambil senyum-senyum sebab dah ter-buat salah) yela, takkan nak buat muka ketat pulak dah buat salah
Abe’ Protela: Nama suami atau ayah cik?
Saya: Suami, Lt dot..dot..dot
Abe’ Protela: Haa..tengok, wife pegawai tu..nanti kalau saya pickup..dah menyusahkan suami nak kena mengadap bla..bla..bla…
Saya: senyum-senyum/gelak-gelak lagi sebab dah ter-buat salah…
Abe’ Protela: pun join gelak-gelak/senyum-senyum gak..
Last-last abe’ protela cakap: Next time jangan buat lagi ye cik..nanti susahkan abg sebab nak kena mengadap..bla..bla..bla…
Saya: Baik..baik…sorry ye..(lalu beredar macam kerang busuk)

Sampai je rumah terus msg en suami yang ketiadaan selama seminggu..esok baru balik..huhu mujur tak kena pickup..pickup tu macam mane ye? Kalau kena macam mana ye? Ada yang dah berpengalaman ke? Sharing is caring….huhuhu

**google-google jumpa gambar abe' protela ni..
kredit kepada empunya gambar - Azreen Afiza

My Music

MusicPlaylist Music Playlist at MixPod.com